Hari ini ada 2 jemputan kenduri. Esok juga ada tetapi di Kedah esok adalah hari kerja, kenalah balik kerja! Dari awal Disember hinggalah hari ini rasanya lebih dari 10 buah majlis kenduri yang telah dihadiri. Minggu lepas paling hebat dengan 1 kenduri sebelah rumah, 2 kenduri di kampong bersebelahan dan 1 lagi kenduri di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Itupun tidak berkesempatan ke kenduri anak murid di Melaka!
Rumah pertama boleh lagi pinggan dibahagi 2 belah dengan Nasi Minyak dan Nasi Puteh. Rumah kedua mula memilih sesenduk Nasi Puteh berlaukkan menu ala kampong. Kalau ada ikan pekasam atau ikan masin dengan ulam-ulaman, boleh lagi perut diisi. Rumah ketiga terus ke meja hidangan pembasuh mulut macam bubur, laksa, rojak dan cendol. Rumah keempat hanya salam hulur-menghulur mengambil syarat kunjungan tunjuk muka!
Apapun sekadar peringatan kepada bakal-bakal tuan rumah yang akan menganjurkan majlis kenduri tidak kiralah sama majlis perkahwinan ataupun hanya doa selamat. Selain dari menu utama dan menu pembasuh mulut, jangan lupa air mineral atau air minuman (air kosong) dalam bekas berbotol mengiringi air Sirap atau sebagainya di atas meja.
Pilihlah dari bekas botol 1 liter. Elakkan guna bekas botol 0.5 liter atau bekas cawan 0.35 liter ataupun bekas besar 9.5 liter!
Satu bekas botol 1 liter boleh dikongsi ramai dengan beberapa cawan kosong diletakkan di sekeliling botol ini. Kalau guna bekas botol 0.5 liter mudah sangat “hilang”. Kalau bekas cawan 0.35 liter agak melecehkan. Kalau bekas 9.5 liter itu boleh basah alas meja kalau penuangnya tertumpah.
Dalam setiap kelas pertama atau kelas perkenalan bermula sesi baru, saya biasanya menasihatkan pelajar-pelajar agar beretika dalam email. Disyorkan menggunakan email yang rasmi dengan nama sendiri dan elakkan nick name terutama yang aneh. Ada beberapa pelajar saya sebelum ini yang menggunakan nick name email mereka seperti sichiconan, kicktheass, kucinku dan sebagainya.
Tulislah email seperti menulis surat. Surat mesti ada tajuk, mesti ada salam, mesti ada pengenalan diri dan mesti ada nama dan tandatangan. Tanpa semua ini, surat akan dianggap surat layang. bagi saya, email juga sebegitu.
Bacaan selanjutnya mengenai etika email ini boleh dirujuk di sini.
Malam tadi, anak jantan aku seorang itu menyumpah-yumpah. Disuruhnya aku menelefon di malam-malam buta (sebenarnya awal pagi jam 12.45am!) kepada sapa-sapa yang aku kenal di TV3.
Pagi ni cadang nak tibai TV3 dalam blog ini. Saja gatai tangan google keywords TV3 3 Idiots. Rupanya ramai yang bengang kat "idiot TV3" macam kami 2 beranak. Antaranya ialah Maz-Naz.
Sebenarnya aku nak buat posting lain mengenai filem lakonan Aamir Khan ini sementelah beberapa adegan yang kebetulan adalah dialog-dialog yang aku sering aku berkongsi dengan pelajar dan anak aku sendiri. Insya-Allah kalau rajin aku akan buat posting tersebut. Tapi aku yakin kalau yang biasa mendengar dialog-dialog aku itu mungkin menyangkakan aku yang meniru Aamir Khan atau Patch Adam versi Hindustan atau versi engineer ini(kata anak jantan aku seorang itu.
Apapun lepas ini mesti nak pergi cari dvd 3 Idiots.
Military Bullet Box @ Caliber Ammo Can Untuk Dijual
0.50 Caliber Ammo Can Saiz tinggi x panjang x lebar: 18 cm x 28 cm x 14 cm (7” x 11” x 5.5”) Berat 2.75 kg. Warna Hijau (warna asal) Harga RM 30.00 net.
0.30 Caliber Ammo Can (Limited) Saiz tinggi x panjang x lebar: 18 cm x 25 cm x 8.5 cm (7” x 10” x 3.0”) Berat 1.25 kg. Warna Puteh (cat semula) Harga RM 50.00 net.
*Keadaan seperti sedia ada.
Hubungi -muhammadnurhakim@gmail.com hp 014 3434146 Lokasi Taiping/Penang
Malam tadi aku dan anak jantan aku seorang itu menonton filem animasi 3D The Adventures of Tintin: The Secret of the Unicorn, di Taiping Sentral.
Karektor Tin Tin, wartawan muda Belgian (lukisan Georges Remi atau lebih dikenali sebagai Herge) ini adalah hero kegemaran aku semenjak bersekolah rendah lagi (70an). Kegemaran ini kemudiannya dikongsi dengan anak jantan aku seorang itu dan kini hampir kesemua siri naskah komik ini ada dalam koleksi kami.
Filem animasi The Adventures of Tintin: The Secret of the Unicorn ini adalah gabungan dari tiga buah komik Tin Tin iaitu; The Crab with the Golden Claws (1941), The Secret of the Unicorn (1943), dan Red Rackham's Treasure (1944).
Sudah tentu filem arahan Steven Spielberg ini berbaloi untuk ditonton. Aksi-aksi Tin Tin terutama semasa bermotosikal begitu mendebarkan. Ada ala-ala Indiana Jones yang juga diarah oleh Spielberg.
Paling menarik ialah grafik animasi filem ini sendiri. Grafiknya seolah-olah manusia sebenar dengan pemandangan latar belakang yang tidak kurang hebatnya.
Cuma yang sedikit mengecewakan ialah cermin mata 3D yang dibekalkan tidak begitu selesa digunakan. Mungkin juga disebabkan kami berdua berkaca mata.