Tuesday, August 10, 2010

Saturday, August 07, 2010

M. E. R. D. E. K. A























M. E. R. D. E. K. A

Saya mengenali dan menjadi rapat (bercinta?) dengan orang rumah saya seorang itu melalui aktiviti-aktiviti luar. Kami sama-sama aktif dalam pelbagai aktiviti terutamanya rekreasi seperti mendaki gunung, sukan terutama sukan bermotor yang sudah tentu salah satunya cub prix.

Saya juga aktif dalam kegiatan kerja sosial meliputi semua peringkat umur. Bagaimanapun semasa pengelibatan saya dengan kanak-kanak tabika di Taiping sebelum kami berkahwin, saya tidak berkesempatan berjumpa orang rumah saya!

Apabila telah berkahwin, pengelibatan saya lagi aktif dalam aktiviti kanak-kanak tabika ini. Sambutan kemerdekaan ini umpamanya adalah salah satu idea dan usaha saya bermula dari tahun 2000. Setiap tahun kami mengadakannya di Perpustakaan Awam Taiping. Bagaimanapun kebelakangan ini saya hanya bertindak sebagai jemputan dan hakim sahaja.

Selain dari pertandingan Koir Lagu Patriotik, kanak-kanak juga bersaing menunjukkan bakat mereka dalam mendeklamasikan sajak , poem dan bercerita. Poem dan bercerita menggunakan Bahasa Inggeris.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, acara berakhir dengan sambutan hari lahir kanak-kanak yang dilahirkan pada bulan Ogos.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



SAJAK PATRIOTIK

1. Tabika Perpaduan Taman Mewah
Tajuk Sajak : Sumpah Anak Merdeka
Nama Peserta : Nur Farah Syahida Binti Sani


SUMPAH ANAK MERDEKA

Kau tidak dapat merasakan
Betapa manisnya buah kemerdekaan
yang kau semai dulu
Dengan perih jerih perjuangan mu
yang kini bercambah subur
Yang kini berbuah makmur

Tahun demi tahun
Semakin merimbun
Tumbuh membesar
Teguh mengakar

Menjadi milik kami generasi kini
Yang akan terus dipelihara dijagai
Dengan ikrar setia sumpah janji
Yang tidak sesekali dimungkiri

Disinilah nanti
Jatuh bangun kami
Hidup dan mati
Ditanah Pertiwi
Bumi yang dicintai


2. Tabika Perpaduan Kampong Boyan 1
Tajuk Sajak : Sumpah Anak Merdeka
Nama Peserta : Ahmad Nor Zikrie Bin Rozaini

Aku Anak Merdeka


Aku anak merdeka
Disini aku dilahirkan
Disini aku dibesarkan
Disini taat setia dicurahkan

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Harapan ayahbunda
Air setitik menjadi tasik
Tanah sekepal menjadi gunung
Negeri bertuah ini
warisan nenek moyang
kaya dengan budaya

Aku anak merdeka
dihati semangat waja
Didada penuh satria
Ingin kubela nasib bangsa
Ini Tuah akan membela.


3. Tabika Perpaduan Kg. Pinang Seberang
Tajuk sajak : Merdeka
Nama Peserta : Muhamad Amsyar bin Mohd Suhaimi

Merdeka


31 Ogos..... kan datang lagi
Tarikh keramat
Yang takkan dilupakan
Kepayahan, kesusahan
hanya tinggal kenangan
kini..... tiada lagi semua itu
Kemewahan, kesenangan
Milik kita sekarang
Tak sabar rasanya
Akan ku sambutnya
Akan ku laungkan.....
Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!


4. Tabika Perpaduan Taman Yayasan
Tajuk Sajak : Merdeka
Nama Peserta : Muhammad Syahir Bin Ahmad Zaidi

M. E. R. D. E. K. A.


M, Malaysia kita ini yang merdeka dan berdaulat,
E, Ekonomi, pendidikan dan budaya asas kemajuan,
R, Runtuhkan rasa wasangka sesama warga,
D, Dirikan permufakatan untuk kejayaan dan maruah Negara,
E, Elakkan terjebak dalam mainan musuh,
K, Kawan-kawan semua, kita semua mesti bertanggungjawab,
A, Anugerah Tuhan yang mesti disanjung dan dipelihara

M. E. R. D. E. K. A.

Bukan sekadar ucapan tahniah tahunan,
Yang diulang-sebut hingga ke 53 sekian kalinya,

M. E. R. D. E. K. A.

Marilah kawan-kawan semua,
Kita menyebutnya di mulut dan,
Hayatinya dengan jiwa raga kita.



5. Tabika Perpaduan Kampung Boyan 2
Tajuk Sajak : Merdeka
Nama Peserta : Nur Syazira Binti Mohd Adni

Merdeka


31 Ogos
Kembali lagi
Kemerdekaan negaraku
Datang dan pergi

52 tahun aku kecapi
Aku nikmati
Aku hargai
Erti kemerdekaan

31 Ogos
Sejarahmu diputar lagi
untuk dikenang
Untuk dihayati

Wahai anak2 merdeka
Jadilah insan
Punya semangat juang
Seperti mereka
Yang tak pernah padam
Pertahankan warisan
Amanah cinta merdeka.

Tuesday, August 03, 2010

Roti Canai Terbang


Roti Canai Terbang

Dulu (tahun 90an) aku selalu perkena Roti Canai Terbang di Chow Kit, Pusat Penjaja berdekatan jejantas itu. Tak pasti sama ada brother itu ada lagi atau tak. Ada member beritahu, brother yang sama jadi penasihat dan "stuntman" untuk Senario kisah penebar roti canai tu.

Monday, August 02, 2010

Anak siapa dia ni? Pramugari MAS yang penuh sopan-santun


Anak siapa dia ni? Pramugari MAS yang penuh sopan-santun

Akhirnya kapalterbang MAS MH 2637 yang mulanya dijadualkan berlepas 6.05 am dari KKIA berjaya diterbangkan ke KLIA pada jam 5.45 pm!

Inilah kali pertama aku terkandas di airport dengan tempoh paling lama dan diberi dua kali kupon makan!

Kupon makan petang bernilai RM 15.00 itu aku tukarkan dengan BigMac. Mulanya aku hendak burger sahaja tetapi gadis di kaunter mengesyorkan ambil pakej.

Aku berkongsi kentang goreng dengan Pak Aziz manakala BigMac aku tapau saja dan minuman berkarbonat itu aku bawa masuk kapalterbang, itupun akhirnya dibuang sahaja.

Ketika berkongsi kentang goreng dengan Pak Aziz ini, kami didatangi seorang pramugari MAS yang meminta izin (dari Pak Aziz dan juga aku sendiri) untuk mencelah perbualan kami. Kemudiannya dengan penuh sopan-santun dia menjemput Pak Aziz agar masuk paling akhir ke dalam kapalterbang.

Aku mengagak pramugari ini akan menempatkan Pak Aziz di tempat duduk business class. Menurut Pak Aziz sendiri, ke mana sahaja beliau pergi terutama di restoran dan kedai makan, pasti ada sahaja yang tolong membayarnya.

Melihat keperibadian Pak Aziz sendiri yang mudah mesra dengan sesiapa pun yang menegur dan ingin bergambar dengannya, tidak hairanlah ramai yang menghargainya sebagai lagenda dalam filem Melayu ini.

Di samping itu, sopan-santun pramugari yang menjemput Pak Aziz itu sendiri amat membanggakan saya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Sampai di KLIA jam 8.30 pm dan berjaya keluar dari aiport jam 9.00 pm. Akibat kelewatan ini aku membayar RM 103.00 untuk parking kereta (bemula dari petang Jumaat) dan kemudiannya memandu berseorangan dan selamat tiba di rumah di Kamunting jam 1.15 am.

Sunday, August 01, 2010

Tersadai di KKIA dengan Pak Aziz Sattar



Tersadai di KKIA dengan Pak Aziz Sattar

Sekarang jam 3.45pm, aku tersadai di Kota Kinabalu International Airport. Kapalterbang MAS yag dijadualkan menerbangkan aku pagi tadi sudah beberapa kali bertangguh. Kapal terbang telah kelihatan tapi di dalam hangar dengan tidak pasti apa masalahnya. Biarlah diselesaikan kesemua permasalahannya sebelum menerbangkan aku balik ke Semenanjung dengan selamatnya.

Pagi tadi di hotel aku bersarapan dengan Dr. Sivamurugan Pandian, pengulas politik dari USM dan juga Datuk Dr Aziz Sattar. Kebetulan Dr Siva mengenali aku, sempat jugalah dia berkongsi sedikit perkembangan politik semasa. Manakala Pak Aziz dengan beberapa rakannya hanya aku melihatnya dari jauh.

Tanpa disangka di KKIA, Pak Aziz duduk bersebelahan aku. Tersadailah kami berdua dengan kadang-kadang perbualan kami tertangguh akibat ada yang mengambil kesempatan menegur dan bergambar dengan Pak Aziz termasuk pramugari-pramugari yang tersadai dari pagi lagi.

Pak Aziz juga menunjukkan draf buku karyanya mengenai allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang bakal diterbitkan sebelum hujung tahun. Di samping itu banyak juga kenangan manis bersama allahyarham yang diceritakan Pak Aziz kepada aku..

Melalui ruangan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir ke 75 kepada Pak Aziz yang jatuh 8 Ogos ini. Semoga dipelihara Alllah kesihatannya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blgspot.com

Antara menu sarapan tadi:-






Saturday, July 31, 2010

Jalan-jalan di Waterfront Kota Kinabalu


Jalan-jalan di Waterfront Kota Kinabalu

Bila sebut Waterfront, ramai yang mengaitkannya dengan Kuching. Sebenarnya di Kota Kinabalu juga terdapat Waterfrontnya sendiri.

Menariknya di Waterfront Kota Kinabalu yang terletak di pesisir pantai sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens ini dimulai dengan Anjung Samudera yang menempatkan restoran-restoran mewah dan pusat hiburan, diikuti Pasar Basah pada waktu petang dan bersebelah Pusat Penjaja Terbuka serta Pusat Kraf tangan.

Manakala di seberang jalan berhadapan pesisir terletaknya beberapa hotel dan apartment berstatus 5, 4 dan 3 bintang dan juga beberapa restoran mewah dan pusat hiburan.

Di pesisir pantai berhadapan Hotel Promenade yang saya menginap ini juga sedang ditebusguna tanahnya untuk pembinaan.

Petang tadi sehingga ke senja (waktu Magrib di sini sekitar 6.30pm), saya mengambil kesempatan mengunjungi Pasar Basah, Pusat Penjaja Terbuka dan Pusat Kraf tangan ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/


Banyak Tukang Jahit tepi gerai

Gerai buah dan sayur

Nenas Sabah atau Nenas Sarawak?

Buah potong

Gerai ikan dan hidupan laut yang lain

Ikan saiz XXL

Ekor ikan

Badan ikan

Isi ikan sebelah

Kepala ikan

Ikan Merah mata besar

Mata yang mengoda

Setimbun ikan hanya RM 2.00

Merah isi ikan macam daging

Hampir semua ikan dijual selonggok RM 2.00

Timbun tinggi dek pinggan terlengkup

Ada ikan yang masih nyawa-nyawa ikan (?)

Pelbagai ikan warna-warni

pelbagai saiz sotong

Sotong Bulat @ Sotong Katak

Ketam besar

Ketam kecil

Gerai Ayam dan Daging

Hampir kesemua Gerai Minum ada menu Ais Kacang

Murtabak KK

Juga banyak Gerai Nasi Campur

Bahagian Bakar Membakar

Kepak Ayam

Kepak di atas, buntut di bawah

Harga hampir sama di setiap gerai

Buntut, Hati dan Pedal

Sate Buntut

Sate Pedal dan Sate Hati

Ikan Bakar

Bakar bercili dan Bakar kosong

Ketam Bakar

Ketam Robot dan Udang Galah

Pebagai saiz Udang Bakar

Pelbagai Sotong Bakar

Sotong Bulat atas api

1 cucuk @ 5 ekor = RM 15.00

Jenuh menghidu asap

Pelbagai kuih kering dan makanan ringan

Ada pakej besar dan ada pakej kecil

Ikan Kering

Sotong Kering

Ikan Bilis dan Udang Kering

Pasar Kraftangan

Pelbagai cenderahati

Pelbagai kraftangan

Gerai Manik dan Batu paling popular

Pelbagai batu dan manik

Kalau le Org Rmh aku ada!