Tuesday, February 15, 2011

Maklong Huduh, durian Pak kena curi!



Maklong Huduh, durian Pak kena curi!

Dalam dok melawat-lawat laman blog Tukuro terjumpa dua laman ni. Satu laman pasai Tukuro macam portal. Namanya Batukuraukini Blogspot. Bagus juga ada blog macam ni. Boleh juga tahu perkembangan di Tukuro tu.

Dalam blog Batukuraukini ini terdapat beberapa link ke satu lagi blog iaitu Pembangkang Batu Kurau Blogspot. Blog ini bukan sahaja fokus isu di Tukuro tetapi merata.

Saja selak-selak posting lama di blog Pembangkang Batu Kurau ini, terjumpa satu posting bertajuk Jom Pi Kpg Sempeneh dibuat pada 8 Jun 2010. Ada gambar orang berkelah dan gambar buah durian dengan caption "musim durian di Sempeneh".

Gambar ini aku kena perbetulkan sikit. Gambar buah durian yang di-cut & paste dari posting lama aku pada 15 Julai 2008 itu aku tak kisah walaupun tak dimaklumkan. Tetapi caption pada gambar itu kena diperbetulkan. Itu gambar Buah Durian Ceruk Pelanduk (sebelah Kampung Batu 14) dan bukannya Buah Durian Kampung Sempeneh! Kalau caption tulis Durian Batu Kurau ok lagi sebab Ceruk Pelanduk dan Kampung Sempeneh ini dalam Mukim Batu Kurau.

Ini kena cerita kat Maklong Huduh ini! Durian Pak kena curi! Gambar durian Pak kena curi!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Pusat Tahfiz Nurul Iman, Batu Kurau



Pusat Tahfiz Nurul Iman, Batu Kurau

Pada 23 Januari 2011 lalu berlangsungnya acara Perasmian Majlis Pecah Tanah Pusat Tahfiz Al-Quran yang di sempurnakan oleh Menteri Besar Perak, YB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir. Majlis di sempurnakan lagi dengan bacaan doa dari pada Haji Zakuan, Imam Masjid Pekan Batu Kurau.

Mereka yang ingin membuat sumbangan boleh menghubungi nombor telefon seperti di dalam gambar di atas.

Pekan Lasa, Tukuro (Pekan Selasa, Batu Kurau)




















KTM tidak peka!

Saturday, February 12, 2011

Ubi Kukus di Restoran Asam Pedas Seksyen 8, Bangi


Ubi Kukus di Restoran Asam Pedas Seksyen 8, Bangi

Tadi seawal 4.30 am aku sudah keluar rumah. Jam 5.30 am singgah di R&R Tapah. Perut terasa sedikit lapar sementelah semalam hanya menjamah beberapa suap nasi makan tengahari dan malamnya pula sekadar sekeping roti gardenia melapik perut.

Aku cuba menelan Pau Kaya yang dibeli tetapi tekak tak mengizinkan. Selepas subuh aku bertolak. Sampai di Bangi sekitar jam 7.45 am. Tiba-tiba teringat syor seorang rakan supaya mencuba Ubi Kukus di Restoran Asam Pedas, Seksyen 8, Bangi.

Restoran Asam Pedas ini bersetentangan dengan Komplek PKNS Bangi. Khabarnya menjadi tumpuan untuk bersarapan terutama kakitangan kerajaan di Putrajaya.

Sarapannya menakjubkan! Ada pelbagai menu menarik!.

Dari Ubi Kukus, Lempeng Kelapa, Lempeng Pisang, Roti Jala, Roti Canai, Nasi Lemak, Pulut Ikan Masin, Nasi Dagang, Soto, Mee Rebus serta pelbagai kuih Melayu.

Aku mengambil seketul Ubi Kukus dan sesudu Kelapa Parut. Nampaknya tiada Gula Merah. Aku acukan dengan beberapa hirisan Sambal Tumis Sotong sebab tak kelihatan Sambal Tumis Ikan Bilis.

Walaupun baru diambil dari mesin kukus, ketulan ubi ini tidak begitu panas dan tidak begitu empuk. Mungkin juga tekak aku masih demam dan belum pulih untuk menaksirkan “nikmat duniawi” ini. Ubi seketul itupun masih berbaki tidak dapat dihabiskan.

Insya-Allah minggu depan aku cuba lagi ataupun dengan menu lain pula. Mungkin seperti disyor rakan supaya perkena Roti Canai dengan Kuah Asam Pedas! Tak pasti pula aku sebab aku tak berapa berahikan Asam Pedas seperti orang rumah seorang aku itu.

Petang ini (malam ini?) entah di mana pula destinasi aku! Mungkin di Ipoh ataupun sudah kembali di Kamunting.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/










Thursday, February 10, 2011

Pulut Kuning Gulai Ayam Kampung Ason





Pulut Kuning Gulai Ayam Kampung Ason

Dua hari aku tak makan nasi! Pada masa yang benda lain pun tak lalu ku jamah. Aku hanya cicah suku keping roti Gardenia dalam Teh O. Sebelah malamnya pula aku hirup habis segelas besar Halia dengan Madu untuk membolehkan aku tidur.

Tiba-tiba aku demam! Mungkin baru terasa bahana berulang-alik Taiping ke Sintok dan Taiping ke Bangi. Bukan berulang-alik dan bermalam tapi berulang-alik harian! Ini sudah macam pemandu bas ekspress! Ubat doktor sudah ambil. Makan ubat sudah segengam tapi masih demam!

Hari ini seawal pagi aku sudah dalam perjalanan dari Taiping ke Sintok. Perancangan awal sebelum subuh sudah nak bergerak tapi anak jantan seorang aku itu pula demam. Selepas menghantarnya ke rumah mertua baru aku bertolak.

Perut pula tidak terasa langsung kosong! Cuma bibir kering terasa hendak cicip Nescafe O. Aku singgah di Pekan Changlung perkena Nescafe O. Entah mengapa Nescafe O yang diorder terasa kelat semacam. Hanya setengah cawan aku cicip.

Sibuk di pejabat sampai lupa makan tengahari. Sampai lupa library tutup pukul 4.30 pm! Alamak kena dendalah lagi. Nak renew on-line pun dah overdue!

Pukul 5.00 pm aku bertolak keluar UUM. Teringat di Ason ada sebuah gerai menjual Pulut Kuning. Aku belum pernah singgah di sini tapi kerap melihat barisan lori dan kenderaan lain berhenti.

Aku singgah di gerai kecil ini. Kalau dari Changlung sebelum Sungai Ason selepas satu simpang tiga. Kalau dari Jitra selepas Flyover Dewan Wawasan tapi kena langkah divider sebab gerai ini seberang sana.

Pulut Kuning OK! Cuma tak ada Ayam Goreng. Nasib baik Gulai Ayam ada pilihan sama ada Ayam Kampung atau Ayam Daging. OK juga Gulai Ayam Kampung dia.

Tengok menu ada Pulut, Nyiur dan Ikan Masin tapi bertampal dengan masking tape.

“Tak berapa boleh jalan!”, jawab peniaganya yang rasa-rasanya baru berniaga bulan Oktober 2010 lalu.

‘Kenapa tak ada Ayam Goreng, bang?”, Tanya aku.

“Memang ramai yang tanya. Mungkin bulan depan abang buat Ayam Kampung Goreng!”

“Abang buat Ayam Kampung Goreng – mesti saya singgah lagi!”

Baru terasa selera nak makan ………………

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com




Maklong Huduh nak sedekah kicap!


Maklong Huduh nak sedekah kicap!

“Saleng Man. Maklong nak suruh mu beli kicap sedekah kat
budak sekolah pondok tu”, sayup saja kedengaran suara Maklong Huduh aku ini dalam telefon.

“Kicap? Maklong tahu mana pasai
sekolah pondok ni?”

“Kak Hawa mu beritahu. Dia baca mu tulih dalam blog internet mu tu.”

“Maklong nak sedekah berapa botol?”

“Nana mu ni Man! Kicap orang tak beli pakai botol!”

“Iya la Maklong! Tak kan Maklong nak beli bekas plastik besar minyak engine tu!”

“Mu nana apa ni apa ni Man?”

“Iya la Maklong kata nak sedekah kicap kan?”

“Sapa kata kicap – Maklong kata KITAB!”

“La Man salah dengar Maklong! Kalau Kitab dah ramai dah orang dah Maklong. Maklong sedekah benda lain lah!”

“Sedekah kitab ni Man pahala dia lagi banyak. Selagi budak-budak pondok dok baca kitab tu, selagi tu Maklong dapat pahala.”,
sekali-sekala dengar macam Ustazah Mashitah pula Maklong Huduh aku ini.

“Maklong, kalau macam tu sedekah kicap lagi pahala banyak dari sedekah kitab”, saja aku jawab macam tu.

“Sedekah kicap lagi pahala sedekah kitab? Biar betui mu ni Man? Tok Guru mana pula yang ajar Man?”

“Maklong cuba tengok. Kalau Maklong sedekah kitab, bila budak pondok itu baca kitab tu baru Maklong dapat pahala. Tapi kalau Maklong sedekah kicap, budak-budak dan orang-orang tua yang makan kicap tu baca kitab apapun Maklong akan dapat pahala. Jadi yang mana banyak pahala?”, tiba-tiba aku bagi “fatwa mini”. Jangan Pejabat Agama cari dan dakwa aku sudah!

“Betui juga cakap mu ni Man! Mu ni betui-betui boleh ganti aruah Tokwan Mat mu, Tok Naib tu. Tak apalah kalau sedekah kitab dah penuh, biar Maklong sedekah kicap saja.”

“Berapa botol kicap Maklong nak sedekah?”

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Sunday, February 06, 2011

Taiping jem dot com!



Taiping jem dot com!

Semalam Bandar Taiping jem teruk! Semenjak dari pagi kereta dari luar mencurah masuk. Banyak plet kenderaan dari Lembah Kelang dan Singapore.

Di Kamunting, arah laluan masuk di jejambat bertali arus.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar,blogspot.com/

Saturday, February 05, 2011

Catering Tukuro





Catering Tukuro

Sebentar tadi aku, orang rumah dan anak jantan seorang aku itu makan kenduri. DJ majlis (katanya bekas sarjan askar pencen) mengumumkan beberapa kali makanan disediakan oleh Catering Tukuro (Batu Kurau).

Seperti biasa selepas makan hidangan berat, aku mencari-cari pembasuh mulut.

Tu dia, Pengat Pisang dengan Sagu Merah dan Sagu Hijau!

Baru pagi tadi anak jantan seorang aku itu mengeluh Bubur Gandum tak sedap kalau tak ada Sagu. Ini Sagu sikit punya besar sizenya.

Lauk kenduri menjadi pilihan masa kini ialah Nasi Puteh dengan Ikan Masin serta Ulam-ulam Kampung bercicahkan Sambal Belacan.





Di samping itu lauk rutin kenduri seperti Nasi Tomato (atau Nasi Hujan Panas) dengan Ayam Masak Merah, Gulai Daging, Kurma Daging serta Jelatah Timun.









Menjadi pakej kenduri perkahwinan masa kini ialah banner pengantin, set cenderahati, nasi mesti dua jenis dan kon polis. Tidak dilupakan bunga rampai yang moden tidak lagi dicucuk pada buah betik muda!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/