Friday, September 16, 2011

Taman Tasek Kamunting


Taman Tasek Kamunting

Satu lagi kawasan rekreasi telah tersedia untuk digunakan di Taiping amnya atau lebih tepat di Kamunting. Terletak bersebelahan Sekolah Kebangsaan Bukit Jana. Sekiranya anda datang dari pekan Kamunting, taman ini terletak bersebelahan Kompleks Rakan Muda Kamunting.

Difahamkan Taman Rekreasi Kamunting ini masih lagi di bawah seliaan Jabatan Lanskap Malaysia akan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Taiping tidak lama lagi.

Taman ini dilengkapi dengan Tandas Awam dan Surau tetapi buat masa sekarang masih belum dibuka untuk orang ramai. Bagaimanapun penghujung boleh menggunakan tandas di bangunan pentadbiran.

Terdapat sebuah jambatan yang merentang tasek ke sebuah pulau. Bersetentang dengan jambatan ini ialah binaan dinding yang memaparkan sejarah Taiping. Cuma catatannya dipasang agak rendah.

Terdapat peralatan permainan untuk kanak-kanak tetapi tiada peralatan jasmani untuk dewasa yang biasanya terdapat di mana-mana kawasan rekreasi. Mungkin belum disediakan lagi.

Beberapa pondok tersedia untuk melepas lelah dan juga berteduh. Begitu juga dengan binaan batu yang boleh digunakan untuk duduk.

Sistem lampu sorot juga tersedia untuk aktiviti malam termasuk lampu di dalam pondok.

Cuma tempat letak kenderaan belum dikenalpasti lagi.

Agak mendukacita apabila mendapati sudah ada penghujung yang membuat onar di sini dengan membuang sampah sarap merata-rata termasuk ke dalam tasek dan gatal tangan membuat contengan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com






























































2 comments:

mkriza said...

Kemudahan yang disediakan tidak pandai digunakan. bagaimanakah mahu mendisplinkan orang-orang taiping ni. Saya melintas kerap kali tapi belum berpeluang singgah.

lukmanw@gmail.com said...

Assalam

Jemputlah singgah.