Fiat Nuova 500
PF 651
Semasa
berhenti berbuka puasa di R&R Gurun sebelah Utara minggu lepas, saya
terserempak dengan sebuah lori pengangkut kenderaan yang membawa sebuah Fiat
Nuova 500.
Nuova 500 ini
dikeluarkan di Itali sekitar 1957 – 1975. Ia adalah sebuah kereta kompak yang
hanya bersaiz 9 kaki panjang dikuasai engin 2 silinder 479cc dan menggunakan
sistem penyejukan udara.
Sempena
meraikan ulangtahunnya yang ke 50 pada tahun 2007, Fiat membina Nuova 500 baru
dengan sedikit penambahan saiz dan berat serta mengubah kedudukan engin ke
hadapan dan pacuan roda depan.
Tidak pasti
siapakah dan ke mana tujunya pemilik Nuova 500 bernombor PF 651 kerana selesai
sahaja berbuka puasa, lori pengangkut kenderaan ini sudah tiada di tempat letak
kenderaan.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment