Friday, November 29, 2013

Dangai yang rasanya Dangai






Dangai yang rasanya Dangai

Kuih Melayu ramai yang menjualnya di merata tempat. Tetapi agak sukar untuk mendapatkan Kuih Tradisional yang mempunyai rasanya yang asli.

Dangai umpamanya bukan sahaja memiliki rasa yang unik tetapi tekstur isinya mesti kenyal kemersik dan tidak liat. Bahagian luar Kuih Dangai ini mesti dimasak (dibakar) sehingga keperangan sahaja dan bahagian dalam mesti puteh gebu.

Semalam dalam perjalanan pulang dari Sintok ke Taiping saya singgah di gerai kuih bersebelahan Caltex Pekan Changlun. Pernah juga saya singgah di gerai ini sebelum ini tetapi tidak pernah nampak Kuih Dangai ini dijual. Kuih Dangai ini dihantar ke gerai ini bukan seperti kuih yang lain kebanyakannya disediakan (digoreng) di sini. Tidak berpeluang saya melihat acuan kayunya.

Kerana tidak pernah membelinya sebelum ini, saya hanya membeli dua biji Kuih Dangai dengan beberapa kuih lain untuk dijamah di dalam kereta setelah seharian tidak mengisi perut.

Tidak disangka, Kuih Dangai ini hampir mirip Kuih Dangai arwah nenek saya yang pernah saya makan sebelum ini. Kena beli lagi minggu depan!

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/





No comments: