Saturday, January 04, 2014

Kalendar Kuda Pilihan Wajib Bapa





Kalendar Kuda Pilihan Wajib Bapa

Antara barangan wajib mesti ada dalam rumah kami semasa kecil dahulu di segenap pelusuk ruang dan bilik ialah “jam dinding” dan “kalendar kuda”! Ini barangan wajib bapa! Ruang tamu ada, dapur ada, bilik tidur ada, nasib baik ada satu bilik tidur sahaja. Kadang-kadang dalam satu ruang ada lebih dari satu! Boleh rujuk dalam posting-posting lama dalam blog OKOB in bawah tajuk “Ayah Yang Ku Benci”.

Kini bapa sudah bedridden dan sudah tidak “mewajibkan” barangan ini mesti ada dalam rumahnya.

Kalendar kuda juga sudah berubah! Ada member kata kuda sudah “masuk Melayu”! Masuk Islam?

Nama sahaja kalendar kuda tapi sudah tiada lagi jadual kuda berlumba setiap minggu. Malah banyak yang digantikan dengan jadual waktu Solat. Alhamdulillah, sudah insaf rupanya kuda (atau pemilik kuda?) ini.

Aku baru dapat 4 kalendar kuda. Satu dari sahabat sekelas sekolah menengah yang kini tauke kedai kereta dan fanatik VW, Satu dari sahabat sekolah tapi beza tahun yang kini tauke barangan Tok Guru. Paling aku suka mini kalendar kuda dari tauke laksa depan Cendol Bismillah Taiping.

Terbaru aku dapat super mini kalendar tauke tepung yang masih lagi ada jadual kuda berlumba. Ini bukan kawan satu sekolah Cuma tauke kedai runcit dekat rumah bujang di Changlun yang bagi.

Dolu-dolu aku selalu dapat kalendar hyper mini (credit card size) dari Kilang Intel. Boleh bubuh dalam dompet! Apa yang aku suka kalendar Intel ini ialah dia ada 18 bulan. Tahun 2014 ada 12 bulan campur 3 bulan terakhir tahun 2013 dan campur lagi 3 bulan pertama tahun 2015.

Tak pasti pula adakah aku akan dapat lagi kalenda Intel tahun ini.


Nota kaki – satu lagi kalendar yang bapa dolu-dolu selalu pesan aku cari ialah kalendar yang koyak hari-hari!



1 comment:

speedrider said...

Kalendar koyak hari2 tu susah cari la ni. cost saving, banyak yang dah takmau buat