Keceriaan mula tampak pada penghuni Rumah Nurul Iman Kamunting
Sebentar tadi satu majlis iftar dan meraikan penghuni Rumah Anak-anak Yatim & Miskin Nurul Iman Kamunting telah disempurnakan di Hotel Seri Warisan Taiping bersama-sama dengan jemputan terdiri dari warga Taiping. Majlis dimulakan dengan tazkirah dari Ust. Saiful Khan dan diikuti dengan penyerahan sumbangan persalinan baju melayu dan baju raya serta duit raya kepada semua anak-anak ini. Sebelum beriftar, Ust. Saiful Khan mengetuai bacaan tahlil. Selepas iftar, jemputan berjemaah Magrib bersama dan kemudiannya menyambung semula majlis untuk sesi ramah-mesra. Ketika ini keceriaan mula tampak pada anak-anak ini.
Terima kasih kepada penyumbang yang menjayakan semua program sempena Ramadhan 1435 bersama anak-anak ini. Insyallah program pendidikan kepada anak-anak ini akan digiatkan selepas mereka kembali dari bercuti Aidilfitri sebagai persediaan untuk UPSR, PT3 dan SPM tahun 2014 ini.
No comments:
Post a Comment