Mom’s Prison Corner Taiping
Antara ciri-ciri restoran atau kedai makanan pilihan saya
ialah masakan lauk-pauknya hanya terhad satu sesi sama ada untuk siang sahaja
(tengahari) ataupun khusus untuk malam sahaja. Kalau masakan panas (bermasak) tidak mengapa disediakan siang-malam.
Ciri yang lain ialah lauk-pauk tersedia dalam bekas untuk bahagian
(portion) tertentu. Untuk hygiene pula, bekas ini (mangkuk atau piring)
hendaklah dibalut dengan plastik (wrapper) terutama makanan yang kuat baunya
seperti ikan masin goreng dan masakan tempoyak patin umpamanya.
Tiga ciri ini ada pada Kedai Makanan dan Minuman Mom’s
Prison Corner (MPC), bersebelahan Muzium Taiping dan bersetentangan (opposite)
pintu utama Penjara Taiping.
Saya mengenali Kak Nor, pemilik Kedai Makanan dan Minuman
Mom’s Prison Corner ini ini seawal 1990. Ketika itu saya masih bujang dan
berjiran dengan Kak Nor dan keluarganya. Kemudian apabila beristeri (1996),
saya masih menyewa rumah yang sama sehinggalah saya berpindah ke rumah yang
saya beli sekarang ini pada tahun 2002.
Kerap juga kami suami-isteri dan anak merasa masakan air
tangan Kak Nor ini.
MPC sebelum ini beroperasi di warung berhanpiran
persimpangan Lampu Isyarat Penjara Taiping. Kini berpindah ke premis baru yang mempunyai
tempat letak kenderaan yang lebih luas.
Untuk makan tengahari di MPC, menu popularnya (setiap hari!)
ialah Ikan Bakar dan Patin Masak Tempoyak di samping pelbagai lagi lauk-pauk.
Air Asam Merahnya memang terbaik !
Kalau datang bersarapan di sini, saya selalu pilih menu Roti
Gedik iaitu Set Roti Bakar dengan Telur Separuh Masak tersedia untuk dijamah
bersama kicap, lada sulah dan juga madu.
Untuk masakan panas bermasak, tersedia pelbagai menu.
Lokasi terbaik untuk menjamu selera jika anda dari luar
Taiping yang ingin berlibur di Zoo Taiping, Muzium Taiping dan Taman Tasik
Taiping.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment