Tuesday, July 14, 2015

Majlis Iftar & Sumbangan Anak-anak Yatim & Miskin Komuniti Amal Taiping (KaT) 1436/2015





























Majlis Iftar & Sumbangan Anak-anak Yatim & Miskin Komuniti Amal Taiping (KaT) 1436/2015

Alhamdulillah selesai sudah kemuncak program Komuniti Amal Taiping (KaT) di bulan Ramadan 1436/2015 ini dengan berlabuhnya Majlis Iftar & Sumbangan Anak-anak Yatim & Miskin Tafiz Amal Nur Qaseh, Kampung Perwira, Kamunting dan Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai.

Seramai 40 anak-anak (29 ANQ & 11 KCA) diraikan di Hotel Warisan Taiping dengan semua sumbangan seperti iftar, pakaian dan peralatan aidifitri, goodies dan duit raya adalah sumbangan orang ramai melalui KaT.

Alhamdulillah di tahun ini, Syarikat TM menyertai majlis ini dengan menyalurkan zakat perniagaan kepada kedua-dua rumah kebajikan ini. TM juga menaja sebahagian kos pengurusan majlis ini.
TM diwakili oleh Pengurus Besar TM Perak iaitu Tn Hj Badrul Hisham Bahari dan isterinya, Pn Sri Rahayu Hashim. Turut serta dalam majlis ini ialah kakitangan TM Ipoh dan Taiping.

Majlis dimulakan dengan hafazan pelajar tafiz, Muhammad Fikri Mohd Zuki 11 tahun dan diuji oleh Mohd Habibullah Mhd Fidzal, 14 tahun. Majlis juga diserikan dengan persembahan  Qasidah Tafiz Amal Nur Qaseh yang diketuai oleh Mohd Izzuddin Nordin 14 tahun.

Azan Magrib digemakan oleh Mohd Zaki Osman 17 tahun.

(Untuk catatan, Muhammad Fikri adalah Johan Hafazan Kebangsaan Peringkat Sekolah Rendah tahun 2015. Manakala Mohd Zaki adalah Naib Johan Azan Peringkat Sekolah Menengah 2015).

KaT ingin merakam ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan majlis ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas sumbangan dan amalan mereka ini.

Gambar oleh En. Basharuddin

No comments: