Monday, December 07, 2015

Program Berkongsi Rezeki Sepanjang Disember 2015







Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 

Alhamdulillah untuk sepanjang bulan Disember 2015 ini, KaT sudah mendapat pengesahan dari penyumbang untuk berkongsi rezeki setiap hari Khamis (juadah buka puasa/makan malam) dan Ahad (juadah sarapan)

In sya Allah anak-anak yatim/tahfiz dan warga emas penghuni 4 buah rumah ini mendoakan mereka sekelurga dipermudahkan-Nya semasa menunaikan umrah, diperlihara-Nya kesihatan dan dijagai-Nya keselamatan serta diberkati-Nya amalan mereka.

Program ini telah bermula dari awal Januari 2015. Bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan pada setiap hari Khamis dan Ahad.. Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat iaitu.

(i). Asrama Tahfiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 35 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 15 penghuni *
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 15 penghuni
Jumlah semua penghuni untuk 4 buah rumah ini ialah 90 orang. * Bagaimanapun penghuni Kediaman Cahaya Ain sekarang sedang bercuti dan pulang ke rumah keluarga dan waris masing-masing.

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tahfiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564 
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021 

*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

No comments: