Friday, February 05, 2016

Solat Dhuha Berjemaah Bulanan di Lake View College











Solat Dhuha Berjemaah Bulanan di Lake View College

Alhamdulillah syukur alhamdulillah, pagi tadi telah diadakan Majlis Solat Dhuha Bulanan (hari Jumaat minggu pertama setiap bulan) di kalangan pengajar, kakitangan dan pelajar Lake View College (LVC), Bukit Merah dari program Nursing, Environmental Health, OSH dan Hotel/Hospitality.

Majlis ini (setiap bulan semenjak tahun lepas) pada hari ini dipimpin oleh Ust. Tn. Hj. Mat Isa Adam bermula jam 10.00 pagi dengan Tazkirah bertajuk Kepentingan Taubat dan Adat Guru dengan Murid, diikuti kemudian dengan Solat Taubat Berjemaah sebelum menunaikan Solat Dhuha.

Antara yang disentuh dalam tazkirah ialah taubat sebagai pembuka semua amalan. Manakala adat berguru tidak mengira agama seperti Iman Malik yang menghormati gurunya walaupun seorang Yahudi.

Majlis berakhir dengan jamuan Nasi Gulai Ayam Kentang (Katerer Nizam Nasi Ayam Ori Gerai Belakang Hospital Taiping 012-927 5592).

Sejurus selepas doa makan, sebelum menjamah makanan, semua hadirin mendoakan agar Muhammad Fairus, anak kepada pasangan Mohd Noor dan Mazenah Taman Yayasan Kamunting yang baru menjalani pembedahan kakinya akibat kemalangan motosikal agar kembali sembuh sepenuhnya.

No comments: