Thursday, April 14, 2016

Jom ziarah, bantu dan berdakwah dengan saudara Orang Asli kita




Jom ziarah, bantu dan berdakwah dengan saudara Orang Asli kita

Gabungan Sukarelawan Daerah Taiping (Team Dakwah Belantara diuruskan oleh En Faisal 013 412 1818) sedang giat dalam akriviti mingguan mereka bersama-sama dengan penduduk Kampung Org Asli Air Karah Gerik.

Komuniti Amal Taiping (KaT) turut serta dalam aktiviti GSDT (TDB) ini. Minggu lepas KaT telah menyampaikan sumbangan orang ramai kepada penduduk KOA Air Karah berupa barangan kelengkapan solat seperti Ketayap, Kain Palekat, Telekung, Penutup Rambut dan Kain Batik.

Hujung minggu ini, GSDT (TDB) akan membawa sumbangan orang ramai yang menyumbang melalui KaT iaitu kelengkapan kebersihan diri toiletries berupa tuala mandi dewasa, tuala mandi kanak-kanak, berus dan ubat gigi, syampo badan, bedak Baby Johnson, sikat, pengetip kuku dan sebagainya.

Pada masa yang sama Kelab dakwah Islam Jabatan Agama Islam Perak sedang mengumpulkan dana untuk mendirikan sebuah surau di KOA Air Karah ini. Kepada mereka yang ingin menyumbang dana pembinaan surau ini bolehlah berbuat demikian melalui akaun Bank Islam cawangan Ipoh bernombor
08013010082344 (atas nama Kelab dakwah Islam Jabatan Agama Islam Perak). Selepas bank-in atau transfer, mohon maklumkan kepada En Faisal 013 412 1818.

Kita boleh membuat sumbangan melalui ziarah, membantu, berdakwah atau menyumbang dana. Kita juga boleh membuat sumbangan dengan mendoakan agar semua-semua usaha-usaha dakwah dan kemasyarakatan ini dipermudahkan-Nya dan berjalan dengan lancar.


GSDT (TDB juga mengalu-alukan pemilik kenderaan 4x4 yang ingin bersama-sama menyertai aktiviti ini. Jika berminat hubungi En. Faisal.















No comments: