Saturday, January 14, 2017

Beramal membantu Ibu Tunggal



Beramal membantu Ibu Tunggal

Ibu Tunggal, Zaniah Baharum yang meniaga Pisang Goreng di persimpangan Rumah Awam Jalan Stesen/Ekspo ini kembali berniaga selepas kemalangan terjatuh di dalam rumahnya.

In sya Allah petang esok Ahad 15 Januari 2017, ada Hamba Allah Taiping yang akan beramal membeli sejumlah Pisang Goreng di sini dan diedarkan untuk Juadah Petang ke Pusat Jagaan Warga Emas/Mental Al-ikhlas Rozy (P) dan Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (L) di Ekspo.


Marilah kita sama-sama beramal meringankan beban Ibu Tunggal ini dengan dua orang anaknya.

No comments: