Monday, July 15, 2013

Dulu bawah meja atau dalam bonet - sekarang mercun online!


Dulu bawah meja atau dalam bonet - sekarang mercun online!

Teringat bulan Ramadan beberapa tahun lepas di Changlung, semasa meninjau Pasar Ramadan kami (aku dan anak jantan aku seorang itu) ternampak seorang gadis kecil (pasti masih bersekolah rendah!) menjual bunga api di atas meja bersebelahan sebuah kereta.

Sengaja anak jantan aku seorang itu menyakat - adik ada jual mercun bola?. Sengaja bertanya kerana dia tahu aku tidak izinkannya membeli mercun.

Ada! - jawab sigadis kecil sambil mengambil satu kotak dari bawah meja.

Sengaja lagi anak aku bertanya - ada mercun das?

Ada! - jawab sigadis kecil sambil mengambil satu kotak dari bonet kereta.

Aku pula bertanya - adik berniaga seorang ke?

Dengan ayah, ayah pergi ambil barang - jawab sigadis mula curiga.

Itu beberapa tahun lepas, sebentar tadi kenalan di pejabat memaklumkan sekarang mercun boleh dibeli melalui online. Malah pembayaran secara COD di mana mercun (dengan pembelian kuantiti tertentu) akan dihantar terus ke rumah, tidak kira di mana anda tinggal!

Harap-harap pihak berkuasa dan SKMM berupaya menangani teknologi yang diamalkan oleh pengedar atau penjual mercun ini. 

Pada masa yang sama, orang ramai juga perlu memainkan peranan. Jualan mercun tidak akan berlaku jika tiada pembelinya!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

No comments: