Sunday, March 29, 2015

Sup Urat + Sup Perut di Kosan, Tuaran, Sabah









Sup Urat + Sup Perut di Kosan, Tuaran, Sabah

Jika berlibur, dengan bantuan penduduk tempatan bukan sahaja banyak tempat menarik boleh dijengah tetapi makanan yang sedap juga dapat dinikmati.

Kunjungan saya ke Kota Kinabalu dua hari lepas, membolehkan saya mencuba Sup Urat yang sememangnya menjadi pilihan saya.

Kebetulan turut dijual beberapa sup lain dan saya memilih untuk dicampur dengan Perut.

Sup di sini disediakan dengan campuran Kobis. Saya memilih untuk dimakan dengan Nasi Puteh walaupun disyorkan dimakan dengan Bakso.

Kunjungan akan datang, saya akan cuba Bakso pula.

Kedai kecil yang telah lama beroperasi ini juga menyediakan juadah makan tengahari dengan yang ringkas sahaja. Menu lain yang terkenal di sini ialah Ayam Goreng dengan Sambal Specialnya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com

No comments: