Tuesday, June 30, 2009

Ada yang peka! Ada yang buat pekak saja!



Ada yang peka! Ada yang buat pekak saja!

HSBC di Taiping service-nya memang excellent! Baik di kaunter ataupun di ATM. Ada saja stafnya yang tercegat tepi mesin ATM untuk membantu jika bermasalah. ATMnya banyak, tiga untuk keluarkan duit, dua untuk deposit duit dan dua untuk deposit cek.

Di luarnya pula ada parking untuk motosikal dan parking keretanya luas dengan tambahan di belakang bangunan. Parking kereta di hadapan dilengkapi dengan besi bar penanda agar tayar kenderaan tidak terlajak ke hadapan.

Kunjungan saya semalam mendapati ada laluan khas untuk OKU yang berkerusi roda sedang dalam proses.

Syabas HSBC Taiping dengan keprihatinan anda!

Malangnya ada pelanggan (orang ramai) yang buat pekak saja! Masih lagi nak parking betul-betul hadapan pintu masuk bank. Kalau boleh nak bawa kereta tu sampai masuk dalam depan mesin ATM itu. Ingat kaunter drive-in ka?

Parking punya banyak di belakang bangunan tapi nak juga parking di depan. Tak kira tempat parking motosikalpun main parking saja.

Rasanya macam nak toreh-toreh saja kereta pemandu yang buat pekak ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/



Taiping Heritage Treasure Hunt 09


Saturday, June 27, 2009

Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas





Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas

Beberapa bulan lepas semasa dalam perjalanan dari Sintok ke Taiping, seorang pendengar Radio Sinar FM mempelawa Juruhebah Linda Onn menikmati Udang Bakar di Restoran Ikan Bakar Din, Kepala Batas.

Seperti biasa aku (dan orang rumah seorang aku itu serta anak jantan seorang aku itu) memang pantang kalau ada perkabaran baru mengenai mana-mana lokasi baru tempat makan.

Kebetulan pagi tadi orang rumah seorang aku itu ada urusan di Bertam Perdana, jadi aku menelefon seorang rakan yang juga kaki jalan-jalan cari makan di sekitar Pulau Pinang dan Kedah ini bertanyakan lokasi Restoran Ikan Bakar Din di Kepala Batas ini.

Benar seperti kata rakan aku itu. Lokasinya mudah ditemui. Hanya lebihkurang 200 meter dari simpang tiga Pekan Kepala Batas menghala ke Butterworth. Apa yang pasti di laluan kiri kanan berhadapan Restoran ini sesak dengan deretan kereta pelanggannya.

Oleh kerana masih kekenyangan sarapan di Hotel Sunway, kami membeli bungkus untuk dimakan di hotel. Menu pilihan ialah seekor Ikan Keli Bakar, sekeping Daging Bakar, dua ekor Sotong Bakar dan seekor Udang Bakar. Kesemua ini berharga RM 21.00. Teringin juga Ayam Bakar dan Ikan Pari Bakar, tetapi perut masih penuh untuk mengisi semua itu.

Terdapat juga pelbagai jenis ikan yang lain.

Di restoran ini ramai juga pelanggan yang mengorder Sup Gear Box (RM 15.00) dan Gulai Telur Ikan (semangkuk RM 10.00). Menu sampinganya ringkas saja iaitu Pekasam Goreng, Gulai Ikan, Gulai Kawah Daging, Asam Pedas, Kerabu Tauge, Kerabu Pegaga, pelbagai ulam dengan Sambal Belacan, Sambal Macang dan Tempoyak.

Mungkin semasa kelas dua minggu lagi di Perai boleh aku cuba menu lain.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
































Itu ”decor” saja, bukan untuk dimakan!

Itu ”decor” saja, bukan untuk dimakan!

Isteri seorang aku itu selalu tegur aku.

”Itu ”decor” saja bang, bukan untuk dimakan!”

Entah mengapa sama ada kebiasaan atau sikap buruk yang susah ditinggalkan, aku akan kutip segala maneka benda perhiasan (decoration) atas makanan yang disediakan oleh tukang masak hotel ini.

Aku akan sapu buah ceri, anggur, ulas oren, hirisan buah naga dan segala buah lagi. Biasanya aku tak sentuhpun makanan utama seperti kek itu.

Kalau beehon, mee atau ketiaw goreng pula, aku akan kaut semua ”benda-benda” di atas sekali seperti bawang goreng, telur goreng, tahu goreng goreng malah daun sup pun turut ditibai!

Prinsip aku mudah saja! FIFO – first in first out! Kalau bukan untuk dimakan kenapa nak susah-susah letak segala maneka benda itu?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tidak perlu model wanita yang memberahikan

Tidak perlu model wanita yang memberahikan

Gambar diambil di sebuah gerai sebelah Pusat Penjaja di Jalan Tenggiri, Seberang Prai hari ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Cucuq Sekupang










Cucuq Sekupang

Pusat Penjaja di Jalan Tenggiri (bersebelahan Esso) di Seberang Prai ini sememangnya pilihan aku untuk bersarapan. Pelbagai menu dengan jumlah gerai yang mungkin lebih dari 20 buah. Sebut saja apa jenis menu semuanya ada.

Semenjak 90an lagi ketika aku sering berperjalanan dengan Mr. Douglas Choong (dan beberapa rakan lain) dari Royal Perak Motor Club menjelajah negara-negara Asean hingga ke China melalui jalan darat, kami akan singgah bersarapan di sini. Ada kalanya seawal 6 pagi setelah bertolak dari Ipoh sekitar 4 pagi.

Semalam aku berjumpa Gerai Cucuq Sekupang di hadapan Pusat Penjaja ini. Gerai ini mengingatkan aku dengan Gerai Tolak Pakcik Mei dan isterinya di Kampung Pinang, Kamunting dan juga gerai seorang pakcik di pasar malam sekitar Kulim. Pakcik Mei hanya membuat dua jenis sahaja kuih 10 sen ini iaitu Cucur Badak dan Karipap. Di Gerai Kak Ina ini ada hampir 10 jenis kuih yang mana kesemuanya dijual dengan harga 10 sen sebiji. Antara kuih-kuih itu adalah Cucur Badak, Karipap, Pau, Pau Goreng, Roti Sosej, Bom, Donut, Lompang dan beberapa kuih lain.

Gerai yang baru dibuka 2 minggu lepas ini memang menjadi tumpuan ramai. Dengan saiz kuih-kuih itu sebesar atau lebih besar sedikit dari syiling 50 sen, memang murah dijual dengan harga 10 sen satu. Sebenarnya saiznya yang kecil (dan comel itu!) yang menarik perhatian ramai.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/