Thursday, December 09, 2010

Bubur Nasi @ Porridge








Bubur Nasi @ Porridge

Pagi tadi dalam hujan lebat aku ke Pusat Servis Perodua Kamunting. Dua-dua belah lampu belakang MyVi aku tak menyala.

Hampir satu jam juga dibelek oleh mekanik di sana. Rupanya hanya soket longgar. Selepas bersarapan ala-kadar (ala carte?) yang disediakan di pusat servis ini, aku ke klinik dengan anak jantan seorang aku itu.

Kami dua-dua orang batuk dan selsema semenjak semalam. Risau juga sebab esok "nak jalan jauh"! Macam biasa bila jumpa doktor, doktor akan kata - musim! Rasanya pergi le bila saja berjumpa doktor mesti doktor akan kata - musim! Agaknya tiap-tiap hari adalah "musim berpenyakit" untuk para doktor ini.

Bila balik rumah atas meja makan sudah terhidang satu periuk besar dan dikelilingi dengan bekas-bekas tupperware (memang brand tupperware pun!). Ini sudah tentu periuk berisi Bubur Nasi campur Daging dan Udang. Manakala dalam bekas ialah Ikan Bilis Goreng, Lobak Masin (manis) Goreng, Bawang Goreng dan Daun Sup. Cuma tiada dalam menu ialah Telur Masin.

Cuci calat kami tiga beranak!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Syabas Perodua Kamunting!















Syabas Perodua Kamunting!

Syabas Pusat Servis Perodua Kamunting dan harap-harap semua Pusat Servis Perodua yang lain mempunyai standard perkhidmatan sebegini.

Sememangnya sudah beberapa kali saya menulis tentang Pusat Servis Perodua Kamunting yang perkhidmatannya begitu cemerlang untuk kepuasan pelanggan. Tidak keterlaluan jika saya katakan standard perkhidmatannya melebihi standard perkhidmatan Pusat Servis Proton Edar di Juru.

Perkhidmatan di Pusat Servis Perodua Kamunting ini pula sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa. Kunjungan saya pada pagi tadi kerana MyVi saya bermasalah dengan sistem pendawaian elektrik. Berikut adalah beberapa peningkatan perkhidmatan mereka (yang sudah lama dan yang baru):

1. Kesediaan menerima pelanggan. Kedudukan meja Service Advisor yang menghadap pintu masuk utama pelanggan dan mereka terus menyapa pelanggan yang melangkah masuk adalah satu ciri kepuasan pelanggan dan pelanggan sentiasa merasai diutamakan. Malah di Kamunting ini, kedudukan meja ini mengadap matahari naik serta aliran air mengalir turun (dari bukit) adalah kedudukan Feng Sui yang digemari oleh kaum Cina. Begitu juga kalau merujuk beberapa kitab tradisional Melayu.

2. Ruang pelanggan berdindingkan cermin pandang telus ke arah kawasan kenderaan diservis atau dibaiki.

3. Menu makanan dipelbagaikan tersedia untuk pelanggan sementara menunggu kenderaan siap diservis atau dibaiki. Menariknya kini menu makanan utama (bersilih ganti antara Nasi Lemak, Nasi Tomato, Mee, Beehon dan Ketiaw) terdapat juga side menu seperti Cucur Udang (hari ini). Tersedia juga kudapan ringan seperti biskut dan kacang-kacang serta gula-gula.

4. Bahan bacaan. Tersedia beberapa naskah akhbar harian. Koleksi bacaan berupa majalah untuk pelbagai umur dan minat seperti majalah automobil, majalah keluarga/wanita dan sebagainya.

5. Kemudahan Wi Fi percuma.

6. Ruang bermain untuk kanak-kanak.

7. Peralatan/permainan minda seperti Catur, Congkak, Sodoku dan sebagainya.

8. Akhir sekali, perkhidmatan mesra dan berinformasi oleh Service Advisor walaupun usia yang masih muda dan dari kaum perempuan.

Syabas Pusat Servis Perodua Kamunting.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blosgpot.com

*Cuma Peti Ais Krim itu masih kosong :-)

Wednesday, December 08, 2010

Rojak Buah Lorong Chow Kit




Rojak Buah Lorong Chow Kit

Aku mula mengenali Apek Rojak Buah di Lorong Chow Kit belakang Kedai Photostat Bormas Stesen Monorail Chow Kit semenjak pertengahan 80an semasa aku bergeladangan di KL. Walaupun kini rambutnya mula memuteh, Apek ini masih tidak berubah dari segi ketrampilannya! Segak berkemeja! Begitu juga Rojak Buahnya yang masih sesedap dulu. Malah Apek ini bukan sahaja menjaga ketrampilan pakaiannya, barangan dan perkakas membuat rojak juga tersusun kemas dan bersih! Cuma lecehnya Apek ini masih lagi dengan stail lamanya membuat rojak buah per order satu demi satu! Dia tak reti nak buat banyak-banyak sekali gus.

Kata orang rumah seorang aku itu - apek ini lagi "smart" dari aku!

Aku mengiyakan saja sambil tersenyum. Tapi aku tak dapat bayangkan jika aku pula "memuji" perempuan lain sambil membuat perbandingan dengan orang rumah seorang aku itu! Mau perang besar!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Restaurant Seafood Chardin Seaview, PD









Restaurant Seafood Chardin Seaview, PD

Kalau ke PD, kami tiga beranak (aku, orang rumah seorang aku itu dan anak jantan seorang aku itu) biasanya akan singgah di sebuah restoran seafood berdekatan dengan Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Bandar PD. Dulunya dikenali sebagai PD Seafood Village.

Seperti biasa menu tetap kami ialah Ikan Siakap Deep Fried with Ginger. Order pula dengan special note supaya ikan digoreng sampai melengkung! Menu tetap selanjutnya ialah Sayur Campur.

Manakala kali ini kami cuba menu tambahan Ketam Goreng Berkuah. Sebenarnya nak order Deep Fried Crab tapi tak ada menu berkuah pula!

Rasanya? Masih sama seperti dulu walaupun restoran sudah bertukar nama. Tak pasti pula sama management-nya turut bertukar sebab tak nampakpun tukang ambil order yang sama seperti dulu-dulu!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Cendol Spesel Boleh Tambah di Masjid Tanah









Cendol Spesel Boleh Tambah di Masjid Tanah

Bulan Oktober dan November lepas aku berulang-alik ke JB. Menariknya kedua-dua kali perjalanan itu aku minimize-kan penggunaan highway. Mulanya aku ikut jalan Costal Road dari Taiping, Pantai Remis, Sitiawan, Kuala Selangor, Klang, Morib, PD, Melaka, Muar, Batu Pahat, Pontian, dan JB. Kali kedua kerana kesuntukkan masa aku menggunakan highway hingga ke KLIA dan dari KLIA aku melalui Sepang, PD, Melaka dan Muar sebelum masuk semula highway ke JB. Menginap semalam di JB dan keesokannya selepas selesai urusan sekitar jam 4.00 petang terus balik Taiping menggunakan highway.

Kedua-dua perjalanan pergi ini aku melalui Masjid Tanah, Melaka. Kali pertama aku tiba di Warung Cendol Boleh Tambah (free top-up) ini jam 11.00 pagi. Sempatlah juga perkena Cendol Spesel dengan aneka ramuan sagu, kacang, pulut termasuklah durian (lepuk) serta Nasi Lemak. Kali kedua jam 4.00 petang dan cendolnya telah kehabisan.

Gerai ini terletak di antara Masjid Tanah dan Sungai Udang. Lokasinya di celah-celah Pokok Kelapa Sawit. Menariknya penguasa gerai ini memasang jaring agar daun dan juga najis burung tidak menganggu pelanggan yang sedang menikmati juadah. Lupa nak beritahu - pisang dan ais kosong juga free dan self-service!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Abang punya naik lagi le ari ni!


Abang punya naik lagi le ari ni!

(Masa aku kerja kilang tayar dulu, berselang 3, 4 bulan di waktu pagi akan ada seorang Mamat India Machine Operator ini menunggu aku di tangga menuju ke pejabat. Kebetulan pejabat aku di atas seksyen tempat Mamat India Machine Operator ini bekerja.

Ayat yang sama terpacul dari mulutnya; "Abang punya naik lagi le ari ini!".

Mulanya heran juga aku apa maksud "aku punya naik lagi!" - rupa-rupanya dia maksudkan nombor plat kenderaan aku - 2 kereta dan 2 motor bernombor yang sama.)

Minggu lepas sewaktu orang rumah aku seorang itu singgah ambil majalah di kedai biasa dikunjungi berhampiran Stesen Bas, tiba-tiba Nyonya kedai itu menjerit sambil menunjukkan salinan fax yang baru diterimanya.

"First prize woi! First prize woi!", jerit Mak Nyonya ini.

Pagi esoknya aku pergi basuh kereta dekat Masjid Kamunting, budak-budak India basuh kereta itu punyale kerumun aku sambil menunjukkan suratkhabar Tamil yang tertera nombor nombor 5200 di petak nombor 1!

Tak apalah sebab Mak Nyonya dan Budak Basuh Kereta tak tahu hukum haram.

Petangnya pula bila anak jantan seorang aku itu ke Restoran Wak sebelah Stesen Bas Kamunting dengan motosikal bernombor yang sama juga, ada seorang pakcik yang siap suruh kirim salam kat aku. Dia pesan kat anak aku - tanya bapak beli berapa besar dan berapa kecil! Kehairanan anak jantan seorang aku itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Nota kecil:

Sebenarnya akupun "beli nombor" tapi aku beli di kaunter JPJ! Siapa kata beli kereta baru dapat nombor free! Nombor satu angka dan nombor kahwin lagi tinggi harga. Aku hanya beli nombor 5200, itupun RM 300.00 satu nombor!

Monday, December 06, 2010

Tose dan Apom Manis




Tose dan Apom Manis

Saleng Maklong

Hari ni Man tak boleh balik Tukuro lagi. Man kena pergi Prai. Ada kerja sikit. Mungkin esok lusa kalau tak ada apa-apa hal baru Man balik Tukuro.

Pagi ni di Prai di Medan Penjaja Jalan Tenggiri tu Man singgah gerai favourite Man nombor 63 tu. Gerai ini ada jual Tose dan Apom Manis yang orangkita buat. Man ingat lagi bila awal tahun ini Man bawa balik Tose dan Apom Manis, Maklong tak jamahpun. Bila Man tanya baru Man tahu Maklong tak lepas nak makan kalau bukan orang kita yang buat.

Tose dan Apom Manis di sini memang sedap sungguh Maklong. Lebih spesel lagi bila kuah dia boleh tambah ikut suka hati kita.

Tapi Man tak beli le untuk Maklong. Maklumlah kalau sejuk bedi dah tak sedap Tose dan Apom Manis ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Keledek Merah Rebus cicah Kelapa Parut dan Gula Merah


Keledek Merah Rebus cicah Kelapa Parut dan Gula Melaka

Saleng Maklong Huduh,

Pagi semalam Man berseruk dengan Ubi Keledek. Baru 2 hari lepas berseruk dengan Pisang Rebus. Tak sangka hotel besar di KL ini berseruk pagi dengan Pisang Rebus bersilih-ganti dengan Ubi Keledek.

Kena pula dengan Kopi O Pekat! Teringat Man masa kecik masa tv masih hitam puteh dulu Maklong pernah tanya Man nak cuba ke Kopi Tahi Musang belakang dapur tepi limbah rumah Maklong tu. Rupa-rupanya masa ni Kopi Tahi Musang ini semahal emas di seberang.

Tapi Ubi Keledek yang Man berseruk pagi semalam warnanya merah pula Maklong! Keledek apa ni Maklong?

Lawan cicahnya masih Kelapa Parut dan Gula Merah. Man rasa Maklongpun kena tukar Gula Puteh ke Gula Merahlah Maklong. Rasa Man Maklong tak pernah guna Gula Melaka. Lagipun Gula Puteh ini dah naik harga.

Ada satu lagi makanan yang Man berseruk semalam. Rasanya dipanggil Chee Chor Fun. Rasanya mudah saja nak buat. Guna Ketiaw Gulung kemudian cicah dengan Sos dan Kicap. Sos ala Yong Tau Fo ini Maklong boleh guna Sos Manis dan Sos Pedas Cap Bangau itu. Ada lagi ke Sos Cap Bangau ini? Dulu rasanya tak payah beli botol, boleh beli main ceduk dalam pasu plastik Kedai Cina Ayob Batu 14 1/2 itu.

Tak pa la Maklong. Nanti Man beli Ketiaw Gulung di Taiping dan Man bawa balik Tukuro. Kita boleh buat Chee Chor Fun ini sama-sama.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/




Saturday, December 04, 2010

Pisang Rebus cicah Kelapa Parut dan Gula Merah



Pisang Rebus cicah Kelapa Parut dan Gula Merah

(Hampir 2 bulan tidak memblog! Ramai yang tertanya ke mana aku menghilang. Paling sadis satu email itu bertanyakan di mana hendak "berjamu" cuti-cuti sekolah ini :-))

Pagi tadi aku bersama orang rumah seorang aku itu bersarapan di Hotel Kualiti KL. Di sini agak kerap aku menulis sarapan menu Ubi Kayu cicah Kelapa Parut dan Gula Merah.

Pagi ini ada Pisang Rebus cicah Kelapa Parut dan Gula Merah!

Esok balik saja Taiping aku nak terus balik Tukuro (Batu Kurau) nak cerita pada Maklong Huduh.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Monday, September 20, 2010

Macam kenal saja gambar belakang tu!



Macam kenal saja gambar belakang tu!

Ustaz Muhammad Khazim Elias Al-Hafiz memang tokoh yang dikenali ramai. Tetapi mereka-mereka yang berada dalam gambar latar-belakang tu macam kenal saja!

Maklumat lanjut di sini.