Wednesday, March 16, 2016

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 201


Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 2016

Alhamdulillah update hari ini 16 Mac 2016, bulan Mei hanya tinggal kekosongan untuk juadah sarapan sahaja. Jika ada yang ingin menaja/menyumbang pada hari-hari lain selain dari dalam jadual, boleh berhubung terus dengan pengurus/penjaga rumah-rumah amal in

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal kelolaan Komuniti Amal Taiping (KaT) 2016

Program ini telah bermula dari awal Januari 2015. Bergantung kepada kemampuan dari sumbangan, program ini diadakan pada setiap hari Khamis (Buka puasa/makan malam) dan Ahad (sarapan). Setakat ini 4 buah rumah amal yang terlibat iaitu.

(i). Asrama Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir Bt 4 Kmtg x 40 penghuni,
(ii). Rumah Anak Yatim & Miskin Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai x 20 penghuni
(iii). Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy x 25 penghuni, dan
(iv). Rumah Warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg x 20 penghuni

Jumlah semua penghuni ialah 105 orang

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT), Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Pasir Bt 4, Kamunting 012-543 0322
(ii) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(iii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iv) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021

*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah komuniti gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO










Wednesday, March 09, 2016

I'm proud to announce I was here before! At 80s.







Warga Lake View College Bersolat Sunat Gerhana Mentari Berjemaah







Warga Lake View College Bersolat Sunat Gerhana Mentari Berjemaah

Alhamdulillah sempena dengan peristiwa Separa Gerhana Mentari pagi tadi, warga Lake View College Bukit Merah menunaikan Solat Sunat Gerhana Mentari dan Khutbah . Jemaah juga disertai oleh pihak pengurusan BMLTR.

Ust Tn Hj Mat Isa Adam memulakan majlis dengan taklimat fadhilat dan kaedah-kaedah solat gerhana. Ada beberapa kaedah dan Ust Tn Hj Mat Isa menyarankan jemaah bersolat mengikut tatacara berikut.

KAEDAH SOLAT SUNAT GERHANA MENTARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah panjang secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah panjang secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud dan seterusnya bangun berdiri dari sujud.

RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah panjang secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara panjang perlahan
5. Ruku'
5. I'tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir
Diikuti dengan membaca khutbah.

Surah panjang yang pertama selepas al-Fatihah, sunat lebih panjang dari surah panjang yang kedua. Begitu juga untuk surah ketiga dan keempat

Selepas mengimani solat, Ust Tn Hj Mat Ia membaca khutbah yang menyentuh fahdilat gerhana yang antara lain ialah mengambarkan kebesaran Allah dan peringatan kepada semua makhluknya. Juga disunatkan memperbanyakan ibadat (solat dan sebagainya) serta bersedekah semasa peristiwa gerhana ini.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan.

Sunday, February 28, 2016

Emak tak tahu pasai Pisang Berangan


Emak tak tahu pasai Pisang Berangan

Semenjak kecil emak mengalakkan kami adik beradik makan Pisang Berangan (Cavendish Banana). Khabarnya itu amalan tok-nenek kami walaupun Pisang Mas lebih sedap (manis), banyak dan mudah didapati di sekeliling rumah.

Semalam emak bagi lagi Pisang Berangan. Kata emak, Pisang Berangan berbintik hitam dengan kulit agak kasar ini adalah pisang kampung. Pisang Berangan yang kulit licin kekuningan itu pisang bandar.

Kata emak lagi, Pisang Berangan Kampung masak di pokok. Bukan macam Pisang Berangan Bandar yang diperam dengan Belerang atau Karbaid (Calcium carbide). Emak kata bukan tak boleh peram tapi tok-nenek dulu peram guna Daun Tepus dan Daun Lalang.

Kata emak lagi, Pisang Berangan Kampung ada terasa kelat sikit. Kelat ini ubat kata emak. Tak macam manis Pisang Mas yang boleh menyebabkan Kencing Manis.

Sebenarnya emak tak tahu pasai Pisang Berangan ini.

Emak tak tahu Pisang Berangan adalah pisang terbaik di dunia. Mana ada orang buat Ais Krim Banana Split guna Pisang Emas.

Emak tak tahu sebenarnya dahulu (sebelum tahun 1950), pisang terbaik dunia ialah Pisang Gros Michel atau Big Mike tetapi musnah sepenuhnya kerana Disease Panama. Kemudian Pisang Berangan naik tahta jadi pisang terbaik dunia.

Emak tak tahu sekarang Pisang Berangan menguasai pasaran pisang sedunia lebih 50 %.

Emak tak tahu Karbaid (Calcium carbide) ini adalah sulfur yang digunakan untuk menghasilkan Gas Acetylene, iaitu gas welding. Tapi emak tahu sifatnya yang panas dan menghakis (corrosive?).

Emak tak tahu Pisang Emas Bandar ini tidak lagi diperam dengan Karbaid tetapi proses melanjut hayatnya bermula sebaik sahaja dipetik muda. Pisang Berangan tidak akan masak jika dipetik muda. Pisang Berangan muda ini kemudiannya “digaskan” dengan Gas Ethyelene untuk masak.

Emak tak tahu kalau nak beli Pisang Berangan Bandar ini jangan beli yang berlabel PLU 4011 atau PLU 4186 tapi belilah PLU 9401. PLU ini adalah Price look-up codes atau Produce Label Code.

PLU 9401 adalah Pisang Berangan Organik. Organik inipun ada macam-macam mazhab. Hendak tahu pasai organic boleh lawat FB Mat Saman Kati. Sekarang dia tengah bagi tazkirah pasal organic ini.

Sebenarnya emak tak tahu pasai Pisang Berangan ini tapi emak pastikan anak-anak emak makan makanan yang baik dan sihat.

Terima kasih emak.


Ada mana-mana OSH Practitioner (CHRA Assessor?) yang boleh ulas mengenai chemical berikut- Calcium carbide, Gas Acetylene dan Gas Ethyelene?

Monday, February 08, 2016

Cadang nak sua muka sahaja.






Cadang nak sua muka sahaja.

Kenduri pertama hari ini di Batu Kurau, kedua selang dua buah rumah di Kamunting Jaya. Kenduri ketiga sebelah Hospital Parit Buntar/Mydin.

Ingat kenduri ketiga ini nak sua muka sahaja. Alamak! Ada Asam Pedas Keladi! Gulai Lemak Nangka Muda! Kerabu Mangga dan Ulam Pucuk Betik! Ikan Termenung Goreng!

Air Tebu mesin lagi! Tebu dari belakang rumah.

Terus tak ambik menu daging dan ayam!

Kenduri kahwin anak Abang Mat Yurau di Batu Kurau.













Kenduri kahwin anak Abang Mat Yurau di Batu Kurau. 

Di sebalik kehilangan pengelihatan, Abang Mat (baru dikenali sama-sama berumrah Dis 2015 lalu) mampu mengecam saya hanya menggenggam tangan dan memegang bahu.

Abang Mat betul-betul menjamu hadirin dengan pelbagai juadah. Penghujung turut dihiburkan nasyid dari kumpulan nasyid didatangkan khas dari Puchong yang juga dianggotai Abang Mat.

Kerabu perut pucuk paku rasa nak tapau bawa balik. Roti canai, rojak dan laksa hanya mampu tengok kekenyangan!

Sunday, February 07, 2016

Bayangan menjelma menjadi kenyataan




Bayangan menjelma menjadi kenyataan

Alhamdulillah tahun lepas semasa  terlibat dalam installation, commisioning & DOSH registration 4 buah crane tower di project condominium Taiping, terbayang-bayang puluhan crane tower di Masjidil Haram, syukur alhamdulillah bayangan itu menjadi kenyataan.

Terbayang dan berdoa di usia mendatang terdekat ini agar dapat beramal sambil memakai safety vest, safety helmet dan menyarung safety boot pula di bawah crane tower ini. 

Untungnya mereka yang berhenti seketika untuk solat di Masjidil Haram ini dengan safety helmet dan safety boot di sisi.

Pada masa yang sama Ust Mutawif juga confirmed kalau dari Miqat bermotosikal kena lengkap berihram tanpa pakaian dan kelengkapan (riding gear) yang tidak berjahit.

Friday, February 05, 2016

Solat Dhuha Berjemaah Bulanan di Lake View College











Solat Dhuha Berjemaah Bulanan di Lake View College

Alhamdulillah syukur alhamdulillah, pagi tadi telah diadakan Majlis Solat Dhuha Bulanan (hari Jumaat minggu pertama setiap bulan) di kalangan pengajar, kakitangan dan pelajar Lake View College (LVC), Bukit Merah dari program Nursing, Environmental Health, OSH dan Hotel/Hospitality.

Majlis ini (setiap bulan semenjak tahun lepas) pada hari ini dipimpin oleh Ust. Tn. Hj. Mat Isa Adam bermula jam 10.00 pagi dengan Tazkirah bertajuk Kepentingan Taubat dan Adat Guru dengan Murid, diikuti kemudian dengan Solat Taubat Berjemaah sebelum menunaikan Solat Dhuha.

Antara yang disentuh dalam tazkirah ialah taubat sebagai pembuka semua amalan. Manakala adat berguru tidak mengira agama seperti Iman Malik yang menghormati gurunya walaupun seorang Yahudi.

Majlis berakhir dengan jamuan Nasi Gulai Ayam Kentang (Katerer Nizam Nasi Ayam Ori Gerai Belakang Hospital Taiping 012-927 5592).

Sejurus selepas doa makan, sebelum menjamah makanan, semua hadirin mendoakan agar Muhammad Fairus, anak kepada pasangan Mohd Noor dan Mazenah Taman Yayasan Kamunting yang baru menjalani pembedahan kakinya akibat kemalangan motosikal agar kembali sembuh sepenuhnya.