Saturday, March 28, 2015

Ketiaw antara dua darjat









Ketiaw antara dua darjat

Setakat ini kalau di Taiping pilihan saya Ketiaw Kerang di Warung Gulai Semilang Assam Kumbang. Kalau di Prai, saya memilih Ketiaw Kerang Pak Chot di Market Seberang Jaya.

Apa yang membezakannya, Ketiaw Kerang Warung Semilang ada Udang. Manakala Ketiaw Kerang Pak Chot tak ada tambahan Udang.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com

Friday, March 27, 2015

Ronda Cari Roti – cari tumpuan pemandu lori atau pekerja majlis








Ronda Cari Roti – cari tumpuan pemandu lori atau pekerja majlis

Pesan seorang rakan saya yang kaki makan dan bekerja di akhbar media perdana.

Kalau hendak cari makanan sedap di gerai atau kedai tepi jalan, carilah yang menjadi tumpuan pemandu lori (kalau di Jalan Persekutuan) dan carilah yang menjadi tumpuan pekerja majlis bandaran (kalau di bandar/pekan).

Saya bersetuju 106%

Lokasi sebelum persimpang ke Bandar Perda.

lukmanw@gmail.com

http://orangkecilorangbesar.blospot.com

Thursday, March 26, 2015

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang – Pelbagai kaedah pembungkusan











Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang – Pelbagai kaedah pembungkusan

Biasanya kalau berpeluang, saya akan memilih Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang.

Pilihan saya ialah Nasi dan Sambal/Lauk dibungkus sepenuhnya dengan Daun Pisang. Sama ada pembalut luarnya dari kertas surat khabar atau kertas minyak itu adalah optional.

Sekarang ada pelbagai kaedah pembungkusan yang masih menggunakan Daun Pisang. Ada berbentuk kon, ada hanya melapik asas nasi dan ada hanya melapik sambal sahaja.

Petang tadi dalam perjalanan pulang dari menyampaikan “safety talk” di UTP, saya singgah di R&R Sungai Perak sebelah Selatan. Cadangnya hanya hendak membasah tekak dan membeli sedikit buah potong.

Tetapi saya tergoda dengan deretan “pacakan” Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang di salah sebuah gerai makan di R&R ini. Bagaikan menara KLCC ! kalau tidakpun bagaikan Piramid.

Rupa-rupanya hanya bahagian atas sahaja yang dibungkus oleh Daun Pisang berbentuk “kon tinggi”. Tapaknya masih menggunakan kertas minyak.

Kreatif juga peniaga ini. Malah Nasi Lemak ini masih berbau keharuman Daun Pisang

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com

Ronda Cari Roti – Capati Ekonomi Mak Unggai










Ronda Cari Roti – Capati Ekonomi Mak Unggai

Gerai Ekonomi Mak Unggai ini terletak di Jalan Simpang – Changkat Jering, Taiping. Kalau saya melalui jalan ini dari Kamunting menuju ke selatan (Ipoh atau KL) in sya Allah saya singgah untuk bersarapan.

Pagi tadi dalam perjalanan ke UTP Tronoh, saya singgah di gerai kecil yang kemas susunan kerusi mejanya.

Sudah tentu pilihan saya ialah Capati Kuah Daging. Berbeza dengan Capati Mamak atau Capati India, Capati Mak Unggai tidak kering, tampak lembab dengan bau Minyak Sapi nya.
Sekali pandang macam Lempeng !

Dua orang pelanggan bersebelahan meja saya makan dua keping seorang! Bagi saya sekeping sudah cukup.

Memang bersesuaian dengan namanya Gerai Ekonomi Mak Unggai, menu yang saya makan iaitu Sekeping Capati, Sepiring Kuah Daging (agak banyak isi daging dan ubi) serta Secawan Teh-O hanya bernarga RM 2.00!

Sekali lagi saya ulangi, hanya berharga RM 2.00!

http://orangkecilorangbesar.blospot.com

Wednesday, March 25, 2015

Siput Sedut Masak Lemak di Restoran Ayam dan Ikan Bakar Kamunting















Siput Sedut Masak Lemak di Restoran Ayam dan Ikan Bakar Kamunting

Cadang hari ini nak makan Telur Itik Masak Lemak di Restoran Ayam dan Ikan Bakar Kamunting. Tengok-tengok ada Siput Sedut Masak Lemak !

Terus cancel Daging Bakar dan Ikan Bakar!

Menu pilihan sudah tentu Telur Itik Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lemak, Kerabu Perut dan Kerabu Mangga.

Semuanya memang menyelerakan Cuma Mangga yang digunakan dalam Kerabu Mangga itu agak masak.



http://orangkecilorangbesar.blospot.com

Tuesday, March 24, 2015

Palengat





Palengat
Semalam mak telefon, suruh datang ambik "satu palengat apom kukus".
Agak-agak adakah yang masih menggunakan unit pengukuran talam ini?