Thursday, March 26, 2015

Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang – Pelbagai kaedah pembungkusan











Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang – Pelbagai kaedah pembungkusan

Biasanya kalau berpeluang, saya akan memilih Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang.

Pilihan saya ialah Nasi dan Sambal/Lauk dibungkus sepenuhnya dengan Daun Pisang. Sama ada pembalut luarnya dari kertas surat khabar atau kertas minyak itu adalah optional.

Sekarang ada pelbagai kaedah pembungkusan yang masih menggunakan Daun Pisang. Ada berbentuk kon, ada hanya melapik asas nasi dan ada hanya melapik sambal sahaja.

Petang tadi dalam perjalanan pulang dari menyampaikan “safety talk” di UTP, saya singgah di R&R Sungai Perak sebelah Selatan. Cadangnya hanya hendak membasah tekak dan membeli sedikit buah potong.

Tetapi saya tergoda dengan deretan “pacakan” Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang di salah sebuah gerai makan di R&R ini. Bagaikan menara KLCC ! kalau tidakpun bagaikan Piramid.

Rupa-rupanya hanya bahagian atas sahaja yang dibungkus oleh Daun Pisang berbentuk “kon tinggi”. Tapaknya masih menggunakan kertas minyak.

Kreatif juga peniaga ini. Malah Nasi Lemak ini masih berbau keharuman Daun Pisang

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blospot.com

2 comments:

my tastebud said...

Minggu lepas saya singgah di r&r dengkil. Terpikat dengan nasi lemak bungkus daun pisang tetapi daun pisang hanya sebagai reben saja (hiasan). Sungguh tidak ori.

my tastebud said...

Minggu lepas saya singgah di r&r dengkil. Terpikat dengan nasi lemak bungkus daun pisang tetapi daun pisang hanya sebagai reben saja (hiasan). Sungguh tidak ori.