Wednesday, August 13, 2008

Gajah dua serupa! (Kisah Cikgu)

Gajah dua serupa! (Kisah Cikgu)

Dua, tiga minggu lepas.

Aku membelek-belek suratkhabar di ruang menunggu Pusat Servis Perodua itu. Rasanya sudah habis tajuk berita yang aku baca.

Aku menoleh ke kaunter. Sepasang suami-isteri (ramalan aku yang kemudannya ternyata benar) baru bangun dari kerusi masing-masing.

Siisteri tersenyum lerek melihat aku. Aku berbalas senyum.

Siisteri menarik tangan sisuami dan berkata sesuatu. Sisuami tersenyum ke arah aku dan aku membalas senyumnya.

Sisuami bergerak menghampiri aku.

Cikgupun servis kereta ke?”, Tanya sisuami membuka cerita.

“Ya. Dari mana ni?”, balas aku. Tak kan nak kata saja-saja bawa kereta ke sini!

“Kami dari Selama. Cikgu baru balik kursus (lupa lak beberapa huruf yang disebutnya) ke?”

“Kursus apa tu?”, Tanya aku semula.

Kursus Guru Besar le!”

“Laaa, saya bukan Guru Besar!”,
jawab aku terpinga-pinga.

“Laaa, kami silap orang inilah. Orang rumah saya mati-mati ingat cikgu ini bekas Guru Besar dia dulu. Maaflah encik!”

Sisuami bergegas berpatah balik ke arah isterinya dan siisteri tunduk kemalu-maluan.

Aku juga tersenyum kemalu-maluan.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Teringat Cikgu Rahim, Guru Besar di SK Selama yang pernah bagi beberapa tips sebelum aku berkahwin dahulu. Kami sama-sama satu bilik di USM semasa PPJJ.

No comments: