Tuesday, October 07, 2008

Jamban rumah hang pa menghadap ke mana?



LONDON: Para penganjur Sukan Olimpik London telah membentangkan beberapa syarat reka bentuk bagi prasarana sukan yang bakal diadakan pada 2012 itu.

Ini termasuk menetapkan agar tandas yang dibina di Taman Olimpik London tidak akan dibina menghadap Makkah.

Pihak Berkuasa Pembentangan Olimpik (ODA) mahukan reka bentuk dan rangka kerja pembinaan menghasilkan lokasi sesuai untuk semua golongan pelbagai kebudayaan, kepercayaan, usia dan mesra pengguna cacat untuk kejohanan Olimpik 2012 dan seterusnya.

Jurucakap ODA memberi jaminan 'tandas tidak akan dibina menghadap Makkah'.

Namun, bilangan tandas serupa itu belum disahkan.

Kemudahan membasuh khas disambung ke bilik solat juga dirancang dibina di taman berkenaan, yang bakal terletak di timur London.

ODA berharap ia akan menetapkan tanda aras baru Britain bagi ruang berkerusi roda dan tempat duduk selesa.

Laluan di arena sukan selalunya terlalu curam bagi pengguna kerusi roda dan bagi mengatasi masalah itu, laluan lebih landai dibina dengan keluasan lebih dan permukaan lebih licin.

Kemudahan tandas termasuk kawasan khas bagi membolehkan warga tua yang cacat menukar keperluan, termasuk kawasan bagi bayi juga akan dibina.

Tahun lalu, beribu-ribu paun sterling wang pembayar cukai digunakan bagi memastikan tandas di penjara Brixton di London tidak menghadap kiblat.

Pegawai penjara terpaksa mengalihkan tandas 90 darjah setelah para banduan Islam mengadu mereka terpaksa duduk senget di atas tandas kerana tidak mahu menghadap kiblat semasa membuang air.

Agensi

No comments: