Panggung 7 pintu di Taiping Sentral
Petang semalam, semasa aku dan anak jantan seorang aku itu “duduk dengan perut” sambil buat latihan ulang kaji, aku sempat bisik dengan orang rumah seorang aku itu.
“Tak mahu la!”, kata orang rumah seorang aku tu.
“Jom lah”, rengek aku lagi.
“Abang dengan Hakim mesti nak tengok cerita action orang puteh”
“Okey, okey, kita tengok Senario!”
(Dialog-dialog di atas semuanya dalam nada berbisik!)
Selepas habis mengulang kaji, orang rumah seorang aku itu membuat offer kepada anak jantan seorang aku itu. Berbalas le offer itu dan kami bersetuju untuk ke Taiping Sentral jam 9.00 malam.
Selepas beratur hampir 20 minit dapatlah aku beli tiket untuk tayangan tengah malam. Masa sengkang 2 jam kemudiannya kami bersantai di Kenny Rogers dan Tesco membeli barang dapur.

Jam 11.50 malam, masuklah kami 3 beranak ke Panggung no. 4. Setelah ditunjukkan tempat duduk oleh “budak panggung wayang” kami “bersantai tengok skrin puteh” lagi hampir setengah jam baru cerita Senario ditayangkan. Entah mengapa dilewatkan tayangannya sedangkan kerusi berjumlah 252 itu penuh semuanya.
Lotus 5 Star SSC ini punyalah kemut kedekut tahi hidung masin. Adakah hanya ada ruang perjalan kaki di tengah-tengah sahaja. Laluan di kedua-dua tepi dinding tak ada! Kalau yang duduk tepi dinding lambat masuk alamatnya jenuh nak lalu menyelit depan orang!
Jalan cerita okey lah juga! Bolehlah nak tumpang gelak dengan isteri dan anak jantan seorang aku itu.
Bila wayang habis dalam perjalanan balik kami bertiga singgah Restoran A Rahman Kamunting perkena minuman panas sikit. Punyalah ramai budak-budak muda lelaki perempuan yang sama-sama tengok wayang tadi singgah di sini.
Jam sudah hampir 2 pagi. Mak bapa dia orang tak bimbang ka?
Aku teringat semasa baru bertunang dahulu. Twister di Lido adalah wayang pertama aku dan tunang aku yang kini jadi isteri aku. Itupun “dapat permit” untuk tayangan pukul 10 malam. Hendak dijadikan cerita ianya berlarutan sehingga lepas pukul 12 tengah malam. Punyalah takut semasa nak hantar tunang balik rumah mak pak dia.
Sesampai di hadapan rumah, aku nampak kelibat orang dalam rumah. Mungkin bunyi motor Suzuki GSX-R aku mengejutkan bapaknya.
“Pakcik tak tidur lagi?”, tanya aku memaniskan bermulut tetapi ada nada getaran takut.
“Belum…………!”
Apa yang aku tahu, aku tidak tunggu lama selepas itu. Terus pulas throttle belah dari tempat kejadian. Esoknya tunang aku beritahu selepas aku balik dia kena “masuk kuliah” selama sejam oleh pak dia dan tambah “masa kecederaan” dengan mak dia pula!
Tetapi budak-budak lelaki perempuan yang duduk sambil minum-minum dengan kami 3 beranak di Restoran A Rahman ini macam tidak mengendahkan masa berlalu.
Jangan lepas ini dia orang pergi “buat wayang lain” pula!
lukmanw@gmail,.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment