Thursday, January 13, 2011

The sky is crazy – Yvonne Lee


The sky is crazy – Yvonne Lee

Teruja dengan ulasan oleh seorang Puan “pengikut” blog OKOB (rupa-rupanya ramai juga yang jadi follower blog OKOB ini – terimakasih Nuffnang kerana memberitahunya dan terima kasih juga kepada semua yang sudi menjadi follower), saya mencari buku ini di MPH Ipoh semalam.

Pagi ini selepas kerja rutin harian menghantar anak saya seorang itu ke sekolah, saya mula membaca buku ini.

(Orang rumah seorang saya itu pula yang sedang bersiap untuk pergi kerja, sempat menegur – semenjak dua, tiga bulan ini kerap travel oversea abang minat stewardess pula? Tiada jawapan dari saya hanya senyuman melirik!)

Mengapa saya tertarik untuk membeli dan membaca buku ini?

Sudah tentu ianya kerana Yvonne Lee menulisnya (dari ulasan yang saya baca) secara santai bercampur humour berdasarkan pengalamannya sendiri. Seperti biasa jika berpeluang, saya akan berkongsi kisah bapa saya (rujuk posting lama; siri-siri Ayah yang ku benci!) dengan pelajar-pelajar saya. Kelas bulan lepas setelah berkongsi kisah bapa, pelajar-pelajar saya ini menyarankan “membukukan” kisah bapa saya. Memang saya ada hasrat sebegitu malah ada beberapa posting lagi berkaitan bapa yang masih dalam simpanan tidak dipublishkan dalam blog. Malah saya juga ada menerima email pembaca blog saya bertanyakan adakah kemungkinan kisah Maklong Huduh itu juga akan dibukukan?

(Jika masa terluang, saya akan mengulas buku Yvonne ini selepas selesai membacanya. Sewaktu posting ini ditulis, saya baru saja bersama Yvonne sedang buat First Aid - Chapter 8 yang mengingatkan suatu pengalaman saya di KLIA pada 22 Nov 2009).

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Buku The sky is crazy – Yvonne Lee terbitan Marshall Cavedish. Cetakan pertama 2005 (2 kali), kedua 2006 (2 kali), dan ketiga 2007. Buku yang saya beli ini adalah cetakan 2010 dengan harga RM 29.90

2 comments:

an15 said...

Oh, dah lain cover buku ni. Saya beli dlm thn 2009 rasa ye. Suka baca sebab blh relate dgn own experience.

lukmanw@gmail.com said...

Own experience? Experience Puan? atau exprience Yvonne?

Nasib baik bawa laptop + broadband smlm (mgkn kena beli Blackberry kut?), saya terpaksa search tajuk buku penuh dlm blog Puan sbb semua pekerja di MPH Ipoh tidak mengetahui tentang buku dgn 3 keywords yg ingat iaitu - Stewardess, Sky dan Yvonne (itupun salah eja nama).

Tunggu experience "ayah yang ku benci" dan "maklong huduh"