Tuesday, June 17, 2008

Ayah yang kubenci, Bhg. 8

Ayah yang kubenci, Bhg. 8

Sengaja aku lambatkan posting mengenai Hari Bapa ini. Sepertimana aku tidak menyambut Hari Ibu (kepada emak aku), begitu juga tiada sambutan Hari Bapa (kepada bapa aku).

(Aku menerima sekeping kad Hari Bapa dan sebuah buku karya Lat, dari anak jantan seorang aku itu sebaik sahaja pintu hotel yang kami sekeluarga menginap dibuka ketika aku sampai setelah habis kerja hujung minggu aku pada hari Ahad lepas.)

Semalam aku menerima satu email dari seorang kenalan. Tidak ku sangka dia menantikan sambungan posting aku mengenai bapa aku dalam blog ini.

”Masih ujud lagikan kebencian kepada ayah saudara?”, tanya kenalan baru aku itu.

Aku menyemak kembali semua posting-posting mengenai bapa. Bermula dari perumah blog UUM hinggalah Blogspot, posting aku sudah mencecah tujuh siri dengan tajuk; Ayah yang kubenci dan empat siri lagi sekadar pelengkap.

Ayah yang kubenci, Bhg, 7,
Ayah yang kubenci, Bhg. 6,
Ayah yang kubenci, Bhg. 4 & 5,
Ayah yang kubenci, Bhg. 3,
Ayah yang kubenci, Bhg 2,
Ayah yang kubenci, Bhg. 1,
Tangan bapa mengeletar lagi,
Dua malam menemani ayah di hospital,
Jangan melampaui masa, pesan bapa,
To my father, I Love U,

Tiada apa-apa yang ingin aku siratkan sempena Hari Bapa ini. Sekadar membaca kembali kesemua posting-posting di atas.

Terdahulu aku menerima satu lagi email dari rakan sekerja.

".....very structured man i ever known”, tulisnya di dalam email sebagai mengambarkan aku. Aku tanyanya kembali melalui email; apakah yang dimaksudkan “structured”.

“structured personality dalam kaunseling = teratur, proper, plan well”, email yang diterima kemudian menjelaskannya.

Aku merasakan “structured”nya diri aku ini adalah warisan daripada bapa aku.

Terima kasih bapa kerana mewariskannya kepada aku. Aku berdoa agar aku akan mewariskannya juga kepada anak jantan seorang aku itu.

Gambar-gambar berikut adalah antara ciri-ciri ”structured” yang aku warisi dari bapa dan aku kini aku mengamalkannya.

1. Semua anak kunci berlabel dan dipadankan dengan rak kunci yang juga berlabel.
2. Semua laci dapur mempunyai ruang khas yang diperbuat dari kertas kotak. Ruang khas boelh dibeli di Ikea tetapi aku lebih suka membuatnya sendiri mengikut saiz laci.
3. Semua laci almari di pejabat, di rumah (bilik aku dan bilik anak jantan seorang aku itu) mempunyai ruang khas ini.
4. Semua suis-suis lampu dan kipas berlabel kedudukannya.
5. Semua wayar-wayar peralatan elektrik seperti cerek, periuk nasi dan tv akan dilabelkan. Malah aku turut melabelkan kesemua peralatan komputer dan pencetak.
6. Banyak lagi ”perapian” bapa aku seperti menggunakan kotak yang sama saiz, berlabel dan ditebuk lubang sisi sebagai ruang jari untuk memudahkan diangkat, dan sebagainya akan aku ceritakan di masa-masa mendatang

Berikut adalah antara barangan yang mesti ada pada bapa yang kini menjadi barangan kesukaan aku;

1. Permanent Marker Pen (Artline)
2. Masking Tape

Aku menambahnya dengan dua lagi barangan;

1. Cable Tie (besar dan kecil)
2. Zipper Plastic Bag.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/







No comments: