Antara Forrest Gump, The Majestic dan My Name Is Khan
Semalam TV2 menayangkan semula filem Forrest Gump dan saya
mengikutinya dari awal hingga tamat. Walaupun ada beberapa adengan yang dipotong,
saya masih teruja meghayati filem ini. Dalam posting-posting lama di blog OKOB
inipun saya kerap menyentuh filem mini.
Sememangnya Tom Hanks adalah pelakon yang saya minati di samping Harisson
Ford. Berbeza dengan Jim Carrey dan Shahrukh Khan, di antara pelakon yang saya
tidak suka menontonnya jika berlakon dalam filem komedi. Tetapi setelah
menonton dua filem bukan genre komedi, The Majestic dan My Name Is Khan, rasa kagum saya kepada dua pelakon komedi mula lahir.
Ada banyak persamaan (kebetulan?) dalam ketiga-tiga filem
ini terutama sekali Forrest Gump dan My Name Is Khan.
Filem Forrest Gump
(arahan Robert Zerneckisand, 1994) yang berdasarkan novel dengan tajuk Winston
Groom, 1986. Tom Hanks berlakon sebagai Forrest Gump, bermula sebagai
kanak-kanak yang mengalami kekurangan fizikal dan IQ di Alabama yang
kemudiannya membesar serta terlibat dalam beberapa peristiwa bersejarah penting
bermula dari kelahiranya 1944 hingga era semasa di filem awal 1980an.
Dalam filem The Majestic (arahan Frank Darabont, 2001), Jim
Carrey berlakon sebagai Peter Appleton (era awal 1950an), seorang penulis skrip
yang dituduh sebagai kominis melalui tulisannya. Kecewa dengan tduhan ini,
Appleton yang memandu keseorangan dan mabuk terlibat dalam kemalangan dan
menyebabkan beliau hilang ingatan (amnesia).
Appleton terlantar di sebuah pecan
kecil bernama Lawson yang kebetulan ramai pemuda di situ terbunuh dalam Peperangan
Dunia II. Appleton disalah anggap sebagai Luke Trimble, wira yang dilaporkan
hilang setelah menyelamatkan beberapa rakannya. Kepulangan Appleton bukan
sahaja mengembirakan ayah dan teman wanitanya tetapi turut menceriakan pekan
kecil tersebut.
Manakala dalam file My Name Is
Khan (arahan Karan Johar, 2010), Shahrukh Khan sebagai Rizwan Khan, seorang OKU
yang awalnya tinggal di rumah adiknya, Zakir dan isteri di Amerika Syarikat.
Keunikan Khan ialah boleh
memperbaiki sebarang peralatan mekanikal. Khan berkenalan dengan seorang ibu
tunggal seorang anak lelaki berugama Hindu dan berkahwin dengannya tanpa
sebarang penukaran agama.
Plot cerita berkembang apabila
peristiwa 11 September berlaku dan kecurigaan terhadap orang Islam turut
mempengaruhi persekolahan anak tiri Khan yang kemudiannya terbunuh dalam satu
pergaduhan di sekolah.
Khan kemudian nekad untuk
berjumpa dengan Presiden demi memaklumkan beliau bukan pengganas walaupun
namanya Khan. Dalam perjalanan ini, Khan terlibat dalam pelbagai peristiwa
termasuklah ditahan pihak berkuasa dan membuat kerja amal semasa banjir di Wilhemina,
Georgia.
No comments:
Post a Comment