Roti Bakar Arang Fadhil, Pokok
Asam
Bagi mereka yang gemarkan bersarapan
atau lewat pagi dengan menu Roti Bakar sama ada dengan Telur Separuh Masak atau
kapit (kahwin) Kaya dan Magerin, inilah tempat yang terbaik di Taiping - Roti
Bakar Arang Fadhil, Pokok Asam. Lebih menarik lagi roti dibakar menggunakan
arang!
Gerai bawah pokok ini betul-betul
bersebelahan pagar Stor JKR dan berhadapan pejabat JPAM (JPA3) Pokok Asam.
Sebelahnya adalah rumah kedai corner lot Restoran Helmi Seafood. Sekiranya anda
datang dari Bandar Taiping, perlahankan kenderaan anda selepas Padang Tupai.
Gerai ini terletak di sebelah kiri jalan anda menuju ke Pokok Asam.
Kunjungan saya sekeluarga pagi
tadi mendapati gerai yang baru dibuka beberapa bulan lalu penuh sesak dengan
pelanggan (10 meja!) yang sedang menjamu selera dan berbaris pelanggan yang
membeli untuk dibawa pulang.
Roti Bakar yang dibakar
menggunakan arang ini boleh terbau kewangiannya sebaik sahaja keluar dari
kereta. Manakala Telur Separuh Masaknya (suku masak!) betul-betul memenuhi
citarasa kami sekeluarga iaitu telur kuning akan pecah meleleh apabila dicucuk!
Walaupun pelanggan ramai,
servisnya cekap dan cepat!
Untuk pilihan menu berat
terdapat Nasi Lemak dengan pelbagai lauk. Terdapat juga makanan siap bergoreng
lain seperti Beehon, Mee dan Ketiaw.
Di gerai yang sama juga
terdapat penjaja menjual Mee Kicap, Wantan Mee dan Sup. Kami mencuba Mee Kicap yang
tidak kurang hebatnya membuatkan kami memesan untuk membawa pulang 1 Mee Kicap
dan 1 Wantan Mee. Sudah pasti kami turut memesan 2 set Roti Kahwin untuk dibawa
pulang.
Untuk penambahbaikan (room for
improvement), pemilik kedai sepatutnya menambah bilangan botol/bekas kecil yang
berisi kicap dan lada di semua meja. Set Roti Telur juga perlu dihidang dengan
lengkap sudu dan garpu (mengantikan pisau). Buat masa sekarang Set Roti Telur
hanya dihidangkan bersama garpu sahaja dan agak menyukarkan untuk memotong
(mencarikkan) roti kecualilah roti tersebut dihidang setelah dipotong menjadi
beberapa bahagian kecil. Meja juga perlu ada tisu.
Pasti kami akan kerap datang
bersarapan lagi di gerai Roti Bakar Arang Fadhil, Pokok Asam.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
6 comments:
best...
Alhamdulillah, pagi tadi saya ke sini lagi. Tidak pasti sama ada penambahbaikan dari teguran saya sebelum ini ataupun bukan. (i) Saya dapati set roti telur telah dihidang dengan sudu dan garpu di mana sebelum ini hanya dgn garpu, dan (ii) setiap meja telah ada set botol lada sulah dan kicap. Syabas di atas penambahbaikan ini.
Ini email yang terima beberapa hari lepas- "En. Lokman, kami sekeluarga ke gerai roti bakar pokok asam ini sabtu lepas. Kerusi semua penuh malah ada tambahan kerusi dan meja di tepi restoran tom yam bersebelahan gerai ini. Itu belum masuk kira pelanggan yang berdiri menunggu dan take away. Apapun berbaloi tunggu hampir 1/2 jam sebelum dapat duduk dan lebihkurang 10 minit lagi tunggu roti siap. Tetapi mee sudah habis."
Mknan kt sini mmg best...mee kari dia lagi best dr Doli
Boleh dikatakan seme mknan kt sini mmg best....layanan yg ok..
Nasi lemak..roti bakar...mee kari sedap belaka...
Sedap
Post a Comment