Kenduri Kambing Panggang dan Belajar Mengenali Bahagian Daging
Cuti hujung minggu saya dijemput menghadiri berbeberapa kenduri
di sekitar Kamunting. Saya hanya hadir dua kenduri iaitu kenduri arwah
bersebelahan rumah dan satu lagi yang tak mungkin saya tidak hadir iaitu “kenduri
kambing panggang”. Saya dijemput oleh rakan lama yang pernah bersama-sama
bekerja di kilang tayar Kamunting dahulu. Kini beliau seorang kontraktor yang
sedang meningkat naik di Taiping. Lebih mengujakan saya lagi, kambing yang
dikendurikan-panggang ini adalah milik ternakannya sendiri.
Malah kunjungan saya berkendurikan-panggang kambing ini
umpama menghadiri kursus pengetahuan am hujung minggu. Manakan tidak saya
berpeluang bersama-sama tukang panggang yang mahir sekali dengan bahagian-bahagian
(portion) kambing ini.
Bagaikan dalam kelas melapah daging dn diikuti kelas
memasak, saya diceritakan dan ditunjukkan step-by-step yang mana “Batang Pinang”,
yang mana “Rimau Menangis” dan bahagian yang lain. Tidak terkecuali saya
dijemput menjadi “penghulu hidang” dengan menjamah “Telur Kambing”.
Sedikit terkilan, saya tidak berpeluang menikmati daging di
bahagian kepala kambing kerana menurut tuan rumah, ianya agak renyah untuk
diproses. Kaki kambing ada tetapi tidak dipanggang atau dibakar untuk tujuan
dimakan.
Terima kasih tuan rumah kerana menjemput saya makan kambing
panggang dan juga berpeluang menghadiri kursus mengenali bahagian-bahagian
daging kambing.
Sengaja saya tidak sertakan caption atau keterangan untuk
gambar-gambar dalam posting ini. Anda boleh menekanya sendiri yang mana “Batang
Pinang”, yang mana “Rimau Menangis” dan yang mana “Telur Kambing”.
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com
No comments:
Post a Comment