TV Series Serangoon
Road @ version Taiping
Asto HBO Channnel TV
Series Serangoon Road - cerita Singapora 60an. Episod minggu lepas berkenaan Sam
Callaghan menolong seorang isteri dari China mencari suaminya di Singapora yang
terpisah semasa WWW2 di era 40an.
Sebenarnya di Taiping saya telah banyak kali bagaikan "jejak kasih" kepada beberapa kenalan luar negara yang saya hanya kenali melalui internet mencari saudara-mara/kenalan mereka di Taiping semasa era 50an. Ada yg berjaya, hampir berjaya dan juga tidak berjaya. Mungkin di masa akan datang (pencen nanti) saya nak jadi macam Sam Callaghan dalam Seranggon Road, bezanya Sam di Singapora manakala saya di Taiping. Ataupun jika ada mana-mana produksi filem/drama berhasrat membuat kisah sebegini berlokasikan di Taiping. Kebetulan dalam minggu kebelakangan ini saya berurusan dengan dua produksi filem, satu produksi filem antarabangsa dan satu lagi produksi filem tempatan. Cerita lanjut di sini. Bolehlah nak war-warkan kalau mereka berminat.

Apapun untuk siri
Seranggon Road versi Taiping, saya tidak mampu memegang watak Sam Callaghan
(lakonan Don Hany) yang bekerja di Cheng Detective Agency. Watak yang
boleh dipertimbangkan ialah sebagai Bruce “Macca” MacDonald (lakonan Tony Martin)
seorang penulis (pemberita) yang malas tetapi kadang-kadang mendapat skop berita
yang hebat.
Ini salah satu pencarian
saya yang separuh jalan dengan penamat masih tergantung. Cerita penuh di sini.
Catherine semasa datang ke Taiping (2004). Cerita penuh di sini.
Antara kenalan (semasa 50an) yang berjaya saya temuikan
dengan Catherene dalam tahun 2004 ialah Nonya Penjual Tiket Loteri ini.
Antara yang berjaya saya
temuikan dengan Catherine. Walaupun Catherine tidak mengingati mereka (hanya mengecam
rumah di Pokok Asam), mereka ini mengenali Cathrine. Dari kiri Chan Siew Yok
(penjual tiket loteri), Catherine dan Lee Chew Sim (pemilik Nang Hwa Stationery
Shop berhadapan Taiping Jaya
Catherine datang ke Taiping
2004 membawa gambar hitam putih sebuah rumah yang tidak beralamat tetapi saya
berjaya menemui rumah tersebut di No. 134, Pokok Assam dekat Pasar Pokok Assam (sama
macam episod Seranggon Road minggu lepas). Catherine pernah di tinggal di rumah
ini (50an) dengan suaminya Englishman Derek Noakes, askar REME soldier. Jiran
sewaktu itu ialah Chan Siew Yok. Ini gambar sekarang
Joe Glover, ex army
british 1959 di Taipingg. Dia datang Taiping (2006) mencari seorang budak pengilat
kasut (india) semasa tahun 1959 yang hanya dikenali sebagai
"Chocolate". Kalau saya berjaya dalam misi ini memang hebat. Joe
kerap datang ke Malaysia dan merancang untuk menjelajah Malaysia pada kunjungan
ke Malaysia pada tahun 2007 tapi tidak kesampaian. Cerita penuh di sini.
No comments:
Post a Comment