GT250 Model C 1978 mengaum semula
Rabu lepas 24 April 2014, hari mak mertua aku meninggal
dunia (5.00am), GT250 ini dengan rasminya balik rumah aku. Jam hampir 7.00
malam dalam hujan lebat setelah seharian berpanas menyempurnakan jenazah, aku
bawa balik rumah GT250 ini. Pomen minta tangguh lagi seminggu untuk setting
karburetor dan pasang fiber pada ekzos yang baru di-chrome. Pomen tak sempat buat
hari Khamis sebab nak eskot anak dia race cubprix di Muar.
Aku tidak boleh lagi declare A to Z GT250 ini barang ori. Karburetor
buat sementara waktu ini guna KIPS. Sudah 3 set karburetor ori terpakai (6
biji) masih bermasalah untuk di-setting. Mungkin kena cari barang NOS atau
terus dari e-bay selepas ini agaknya.
Master pump ori housing masih problem dan kena hantar
foundry repair. Meter spedo vibrate dia hebat sangat. Meter tacho pula pening!
Belum start sudah 3000 rpm, sebaik sahaja start terus red line!
Lampu belakang, signal dan hon marvellous! Lampu depan malap
sikit, mungkin kena cari lens baru.
Rack saddle bag sudah siap cuma tak sempat chrome dan custom
made leather saddle bag belum siap.
Sebab ada plate P? Ini motor anak-beranak, bapa boleh naik,
anak boleh naik malah bini pun boleh naik!
Terima kasih kepada pomen Ali Motor Taiping, rakan-rakan FB,
geng OSO yang tolong belikan parts dari e-bay, geng Lokin, Geng Ropewalk dan
semua yang menjayakan project ini.
Tidak lupa juga orang rumah “yang mengizinkan” dan anak “yang
mengalakkan”.
Kepada jiran-jiran, insya-Allah minggu depan bunyi ekzos itu
berkurang sikit. Ala, lebih kurang macam bunyi Vespa Mat Tailor rumah hujung
tepi surau itu aje!
Sehari-dua masih belum dapat test-run GT250 ini, Taiping
hujan berterusan dan aku pula demam. Mungkin demam sebab dapat motor kot!
Next project soon - GT250 Model L RAM (1974) and Model A (1977)
Next project soon - GT250 Model L RAM (1974) and Model A (1977)
No comments:
Post a Comment