Wednesday, August 27, 2014

Roamer jalan-jalan di Kampung Ekspo, Kamunting


Roamer jalan-jalan di Kampung Ekspo, Kamunting

Asyik dengan 2 roda berenjin kuasa kuda, pagi ini aku dengan 2 roda kuasa kayuh pula. Cadangnya semalam lagi tapi cuaca mendung sahaja. Pagi ini pun mencurah juga hujan, sebaik sahaja hujan sudah teduh aku mula mengayuh. Kebetulan hari ini pula aku tak menoreh.

Mengayuhlah aku dengan persinggahan pertama membeli satu-satunya akhbar “broadsheet” untuk dipadankan dengan Roamer ini. Singgahan kedua di titi kecil Sungai Ranting yang sudah hilang papan tandanya. Singgahan ketiga membeli sarapan Nasi Lemak RM 1.00 kerana yang tinggal hanya kuih-kuih manis sahaja. Singgahan keempat di hadapan sebuah rumah di mana penghuninya berbangga dengan Jalur Gemilang.

Roamer hendak berjalan jauh lagi tapi hujan mula merintik. Berakhir perjalanan Roamer hari ini. Esok pula kena menoreh di Prai. Nampaknya Roamer ini  kena menunggu hari lain pula untuk berjalan lagi.

Setakat ini Roamer ini masih belum dipasang semula crank asalnya kerana ada sedikit masalah. Manakala newspaper clip itu pula tidak sesuai dengan handle Roamer ini.

Mungkin selepas ini nak cari selimut untuk Roamer juga. Tetapi Cikgu Rusli Mohd Zain yang mempunyai puluhan basikal klasik di rumahnya di Kampung Jana, Kamunting itu tidak pun menyelimutkan mana-mana basikalnya.  Kagum aku pada Cikgu Rusli ini yang mengayuh semuanya basikal miliknya secara bergilir-gilir setiap hari.

Selepas ini in sya Allah Roamer akan bergilir dengan Rangler pula.


Kredit kepada-

Body – Mat Fitri Tanjung Piandang
Painting – Ali Motor Taiping
Restoration – Kedai Basikal Recond Jepun
Seat & keychain – Ahmad Mat Sungai Petani
Mudflap – Apek Putra, Sijangkang
Sticker Raleigh – Alan Antik, Ipoh

Raga Rotan – Kedai Rotan sebelah Klinik Anisah Kamunting
































No comments: