Tangkap satu kali lagi, kasi betul ini bendera!
Itulah kata Apek Penjual Surat Khabar di hadapan sebuah
sekolah di Kampung Ekspo Kamunting pagi tadi.
Beberapa tahun lepas, saya pernah menegur Apek ini kerana
menjual surat khabar bersama rokok. Alhamdulillah, selepas ditegur (saya juga
difahamkan beliau turut ditegur oleh orang lain termasuk pihak sekolah), Apek
ini tidak lagi menjual rokok.
Apa saya kagum mengenai Apek ini ialah dia sanggup melayan pelanggan
secara “drive thru”. Pelanggan tidak perlu turun dari kereta, Apek ini sendiri
akan datang ke kereta pelanggan bertanyakan akhbar pilihan pelanggan dan
kemudiannya pergi mengambil akhbar tersebut di gerai basikal roda tiganya.
Hari ini Apek ini mengkagumkan saya lagi dengan
kebanggaannya bergambar dengan Jalur Gemilang.
Selamat Hari Merdeka Apek
No comments:
Post a Comment