Saturday, September 27, 2014

It is a journey not a destination


It is a journey not a destination

“It is a journey not a destination”, ianya perjalanan dan bukannya destinasi.

Hari ini perjalanan dua beranak bagaikan berguru dengan alam, cabaran adalah tugasan (ujian) dan kepuasan adalah keputusan peperiksaannya.

Seawal pagi kami sudah menyedari tayar depan kekurangan angin. Dua, tiga kedai motosikal di Kamunting dijenguk tapi masih belum berbuka pintu. Menggunakan pam kaki yang dibawa, kami meneruskan perjalanan dengan harapan boleh sampai di Pekan Batu Kurau untuk pemeriksaan seterusnya.

Di Batu 11 selepas Changkat Larah, kekurangan angin amat terasa. Kami berhenti dan bercadang untuk menukar tukar tiub. Sebuah motosikal (penunggangnya Abang Ali dari Sempeneh) berhenti menjengah kami. Memandangkan aku tahu ada sebuah kedai motosikal di Batu 14 sebelah sungai, aku membonceng Abang Ali ke sana.

Abang Ali menemankan aku menukar tiub di kedai tersebut dan menghantar aku kembali ke Batu 11. Terima kasih Abang Ali. Rupa-rupanya Abang Ali juga sedang berkira-kira untuk membeli Suzuki GT250 yang tersadai di Anak Kurau. Aku pernah mempelawa tuan GT ini menjualnya kepada aku tetapi dia masih sayang walaupun sudah tersadai dan banyak parts yang sudah hilang atau rosak.

Kami meneruskan perjalanan ke Batu Kurau. Sampai di pekan, sebuah Exora menghonkan aku dari belakang. Rupa-rupanya kepunyaan bekas rakan sekerja di kilang tayar dulu. Makan pagi percuma kami dua beranak dibelanja oleh rakan ini. Ayahnya Bomoh Patah yang terkenal di Batu Kurau.

Kemudian kami mengekori geng scrambler ke Sempeneh. Mereka ini adalah marshal acara basikal yang akan berlangsung di Batu Kurau esok. Kami menempuh deruan hujan dalam perjalanan dari Sempeneh ke Astaka Batu Kurau, tempat pendaftaran peserta.

Dalam perjalananan pulang ke Kamunting, GT meragam sikit dengan tiba-tiba hilang kuasa. Rasanya overheating (?), jangkaan pam 2T tidak berfungsi dengan lancar. Singgah sebentar Batu 11 berhampiran tempat tayar pancit awal pagi tadi.

Rehat seketika di sebuah pondok bas sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Tidak sia-sia GT250 Model C (1978) The Sojer ini dilengkapi dengan Beg Saddle dan peralatan asas menyenggarakan motosikal.


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/








No comments: