Sunday, November 01, 2015

Alhamdulillah pagi tadi 1 Nov 2015, baru selesai berkongsi rezeki Roti Canai Gerai Zul Dataran Selera Kamunting Jaya.












Alhamdulillah pagi tadi 1 Nov 2015, baru selesai berkongsi rezeki Roti Canai Gerai Zul Dataran Selera Kamunting Jaya.

Syukur alhamdulillah ribuan terima kasih kepada Hamba Allah yang telah menaja 180 keping Roti Canai untuk 4 buah rumah amal ini. Terima kasih juga kepada Zul Roti Canai yang menaja juadah sarapan Roti Canai, Nasi Lemak dan minuman kepada penghuni rumah anak yatim Kediaman Cahaya Ain.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas sumbangan tuan-tuan

Program Berkongsi Rezeki 4 Rumah Amal (90 penghuni).

Rumah-rumah amal/kebajikan tersebut ialah:

 i. Tafiz Anak Yatim & Miskin Amal Nur Qaseh Kpg Pasir, Batu 4, Kmtg (35 penghuni),
ii. Kediaman Cahaya Ain Bgn Serai (15 penghuni),
iii. Rumah Warga Emas (P) Al Ikhlas Rozy  Kpg Ekspo Kmtg  (25 penghuni) &
iv. Rumah warga Emas (L) Aminur Ain Kpg Ekspo Kmtg (15 penghuni) (15 penghuni)

Jumlah sumbangan atau penghantaran makanan ataupun hari tidak ditetapkan. Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Penyelaras Komuniti Amal Taiping (KaT) - Lukman Wan Mat Daud 019 558 2626 whatsapp/sms

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk menyumbang terus / berhubung terus dengan rumah-rumah kebajikan ini.

(i) Pn Ain, Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai 016-504 9564
(ii) Pn Rozi, Rumah Al Ikhlas Rozy Ekspo Kamunting 019-578 7650
(iii) En Rustam, Rumah Amirul Ain Ekspo Kamunting 014-241 0021
(iv) En Roslan, Asrama Tafiz Kpg Perwira, Kamunting 012-543 0322

*Komuniti Amal Taiping (KaT) bukanlah persatuan. KaT adalah gabungan individu sebagai pengantaraan amal. KaT tidak mewakili dan tidak terikat dengan mana-mana rumah kebajikan, persatuan atau NGO

No comments: