Wednesday, November 18, 2015

PM Dr Wan Abdul Rahman Khudri 1967 - 2015




PM Dr Wan Abdul Rahman Khudri 1967 - 2015

Subuh tadi saya menerima berita kepulangan ke rahmatullah seorang mantan rakan sekerja di UUM iaitu PM Dr Wan Abdul Rahman Khudri atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz atau gelaran WARAK. Bersesuaian dengan nama gelarannya, arwah adalah insan yang saya kenali sepanjang perkenalan dengannya tidak pernah meninggikan suara sentiasa merendahkan diri dan amat menjaga tingkahlaku dan  keperibadiannya sebagai Muslim sejati.

Arwah sebaya dengan saya. Kami sama-sama menghampiri usia 50. Itu tidak menghalang saya untuk menjadikannya sumber rujukan saya dari masa ke semasa.

Kebetulan sama-sama dari sekolah yang sealiran walaupun berlainan lokasi menyebabkan akrabnya hubungan kami. Walaupun di UUM ada beberapa kenalan yang sama sekolah dengan saya tetapi hubungan kami tidak serapat seperti saya dengan arwah. Malah arwah turut mengenali dan berhubung rapat dengan ramai rakan-rakan saya.

Bekas pelajar SMAIWP dan UM, arwah adalah insan yang mempelawa dan memberi saya beberapa peluang membentangkan kertas-kerja OSH yang berkaitan dengan Islam. Antaranya ialah OSH in Mosque di peringkat Asean dengan pesertanya dari kalangan pentadbir masjid.

Arwah juga merupakan mantan Pengarah Pusat Islam UUM.

Takziah saya kepada keluarganya. Semoga Allah mencucuri dan merahmati rohnya.

No comments: