Saturday, August 20, 2016

Majlis doa sempena kemerdekaan di rumah-rumah tahfiz, anak yatim and miskin serta warga emas








Majlis doa sempena kemerdekaan di rumah-rumah tahfiz,  anak yatim and miskin serta warga emas

Alhamdulillah dan bersyukurlah kita sebagai Warga Malaysia.

Hamba Allah (bersama  keluarganya) meminta Komuniti Amal Taiping (KaT) menguruskan majlis doa (solat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan sebagainya) di rumah-rumah tahfiz,  anak yatim and miskin serta warga emas di bawah program KaT. Hamba Allah ini akan menaja juadah makan malam selepas majlis.

Majlis akan diadakan pada hari Selasa 30 Ogos 2016. Majlis ini bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Hamba Allah ini memohon agar anak-anak tahfiz, yatim dan miskin serta warga emas ini mendoakan agar Negara kita aman damai dan makmur.

Rumah-rumah tahfiz,  anak yatim and miskin serta warga emas yang terlibat ialah:

1. Anak Yatim dan Miskin Tahfiz Amal Nur Qaseh, Bt 4, Kamunting x 35 orang penghuni
2. Anak Yatim dan Miskin (P) Kediaman Cahaya Ain, Bagan Serai x 20 orang penghuni
3. Warga Emas (P) Al-ikhlas Rozy, Ekspo, Kamunting x 25 orang penghuni
4. Warga Emas (L) Aminur Ain, Ekspo, Kamunting x 20 orang penghuni
5. Tahfiz Arrahimiyah Kpg Boyan, Taiping x 25 orang penghuni
6. Tahfiz Arrahimiyah Pokok Asam, Taiping x 85 orang penghuni


Jumlah 210 orang penghuni

No comments: