Friday, June 27, 2014

Persiapan Menyambut Ramadhan di Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Kpg Pinang, Kamunting.







Persiapan Menyambut Ramadhan di Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Kpg Pinang, Kamunting.

Alhamdulillah petang tadi selesai persiapan ringkas menjelang ramadhan di Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Kpg Pinang, Kamunting. Majlis bermula dengan mengemas ruang makan untuk iftar dan sahur, diikuti dengan minuman petang sambil berbincang mengenai solat terawih, aktiviti sepanjang ramadhan serta sesi bertanyakan terus menu pilihan mereka, anak-anak yatim ini (dengan katerer) untuk iftar dan sahur.

Pengurus, En. Bakri dan anak-anak yatim semua merakamkan ribuan terima kasih dan Allah sahaja yang mampu membalasnya di atas semua penyumbang dana iftar.sahur, dana baju raya, dana duit raya, beg barangan toileteries/hygiene dan lain-lain sumbangan.

Satu majlis ringkas tazkirah ramadhan, penyerahan beg barangan toileteries/hygiene dan beberapa fidyah akan diadakan sebelum majlis iftar 1 Ramadhan pada ahad 29 Jun 2014 ini.

Esok, insyAllah kami akan menguruskan tikar getah baru untuk lapik ruang makan yang dijadikan tempat solat magrib, isyak dan terawih. Untuk iftar dan sahur, ruang makan di bawah khemah. InsyAllah juga seorang tukang gunting akan dijemput untuk mengunting rambut anak-anak yatim ini.

Semoga Allah merahmati anak-anak yatim ini di sepanjang ramadhan ini. Amin.
















Maaf sumbangan telah penuh


Thursday, June 26, 2014

Sumbangan barangan toileteries & hygiene Anak Yatim Nurul Iman, Kamunting



DIPERLUKAN SUMBANGAN 24 BEG BARANGAN 

PENJAGAAN DIRI DAN KEBERSIHAN (toiletries & hygiene) 
ANAK-ANAK YATIM NURUL IMAN, KPG PINANG KAMUNTING
Hubungi penyelaras program Lukman Wan Mat Daud Tel/sms/whatsup 0195582626

Sumbangan 50 Beg Hygiene Rumah Anak Yatim Kedah


Sumbangan 50 Beg Hygiene Rumah Anak Yatim Kedah 



Alhamdulillah sumbangan telah lengkap dan akan diserahkan dalam satu majlis berbuka puasa kelak. 

Terima kasih kepada semua penyumbang. Gambar-gambar sesi penyerahan Beg Hygiene ini akan dimuatnaikkan dalam FB Lukman Wan Mat Daud dan blog orangkecilorangbesar blogspot.

Wednesday, June 25, 2014

Tawaran ditutup - sahur/iftar Rumah Anak Yatim Nurul Iman


Tawaran ditutup - sahur/iftar Rumah Anak Yatim Nurul Iman

Alhamdulillah semua 29 hari sahur dan iftar sudah ada penyumbangnya.
Kredit perhargaan kepada semua penyumbang, saya hanya POSMAN untuk program ini.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com

Tuesday, June 17, 2014

Anak Yatim Nurul Iman Kpg Pinang, Kamunting



Anak Yatim Nurul Iman Kpg Pinang, Kamunting

SAHAM AKHIRAT untuk dikongsi bersama. Program 'BANTUAN HARI RAYA BAGI ANAK YATIM & MISKIN ' di rumah Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman, Kamunting, Perak. Pada mereka yang budiman ingin memberikan sumbangan boleh terus berhubung dengan penjaga anak-anak ini, En. Bakri di nomobor telefon 019 4310075

Dana dari sumbangan anda akan diperuntukkan untuk :

1) Majlis berbuka puasa untuk anak=anak yatim (18 orang) dan pekerja (5 orang)
2) Belian pakaian baju melayu untuk raya
3) Duit raya

Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.” Ketika mensabdakan hadis ini RAsulullah SAW, berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya. Ini menerangkan kepada kita bahawa jika kita senantiasa menyayangi dan menolong anak yatim maka nantinya kita akan mendapatkan balasan berada dekat (sebelah menyebelah) dengan Rasulullah SAW.

Catatan penulis – keadaan rumah anak yatim ini amat daif dengan bantuan sumbangan kewangan yang hampir tiada. Jumlah kanak-kanak seramai 18 oranng semuanya lelaki berusia 7-17 tahun. Pekerja seramai 5 orang.

Alhamdulillah,seorang sahabat sudah menempah untuk sumbangan jamuan iftar dan sahur pada Jumaat 4 Julai 2014 sebanyak 24 orang dengan kos RM 200.00 untuk iftar dan RM 200.00 untuk sahur.

Friday, June 13, 2014

Sepetang bersama En. Saiful Nang, di Taiping Lake Garden


Sepetang bersama En. Saiful Nang, di Taiping Lake Garden

Rombongan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang ini juga disertai Sdr. Saiful Nang, pengasas bersama Rumah Kebajikan, pengarah filem, photographer, penulis disamping terkenal sebagai motivator. 








KISAH ROTI EXPIRED, AJAR SAYA JADI USAHAWAN - SAIFUL NANG

Ayah saya tak kaya. Menetap di Felda sebagai peneroka peringkat ke-2 yang masuk pada tahun 1984 bukanlah satu perkara yang menarik. 5 tahun pertama, arwah emak selalu pujuk ayah tinggalkan Felda untuk balik ke kilang kelapa sawit estet di Bukit Kerayong. Tidaklah mewah tetapi hampir dengan saudara mara dan ada pendapatan bulanan disamping rumah kilang yang diberi dengan elektrik percuma. 

Mudahnya, kami bukan orang senang walaupun hari ini orang ingat orang Felda ni kaya raya dapat 10 ekar FREE (siapa kata? mak ayah kami bayar potong bulan-bulan tau). 

Makan tidak ada masalah sangat kerana banyak benda dah tanam dan ternak sekitar rumah suku ekar. Cuma beli garam, gula dan ikan sahaja. Itupun ikan jika musim kemarau kita timba sungai dapatlah stock ikan 1-2 bulan (pekasam sampai 1 tahun). Nak makan telur, kutip sahaja sangkak telur bawah rumah tempat ayam bertelur. Ambil semua, tukarkannya dengan bola pingpong (kalau tak, ayam taknak bertelur lagi di situ). Itulah masalah ayam, tak belajar matematik untuk kira telur dia ada. 

ROTI EXPIRED

Roti sudah dikira makanan mewah. Tengok TV buka drama "PJ HOLDING" cerita orang kaya-kaya makan pagi dengan roti dengan butter. Kita pun teringin juga cuma roti ketika itu kalau yang ada pun, roti Superloaf Cap Superman RM0.70 sebuku. RM0.70 sudah dikira mahal kerana peneroka Felda jarang ada tunai dalam tangan kecuali kita rajin buat kerja-kerja sampingan. 

Seminggu 2 kali, van putih bawa roti cap superman akan kutip semula semua roti di kedai yang sudah tarikh luput di sekitar Kerayong sampai ke Bera. Mereka buang dihujung block Felda saya. Ada sungai di situ. Ayah saya bagitahu, masa dia minum di kedai Wak Maskum tu, dia sempat tahan van roti. Ayah beli 1 guni RM1. Itu kira duit masuk pocket pemandu lah tu. 

Roti dah luput tarikh sehari dua. Ada yang dah nampak kulatnya seperti dalam gambar ini, dan ada yang masih belum nampak kulatnya. 

Nak beli sebuku yang belum luput, RM0.70 tapi ayah beli RM1 dapat seguni (dalam 30 buku lebih). Balik rumah sahaja, kami belasah dahulu. Tulah...tak belajar matematik, mana tahu luput ke tak. Puas lah makan roti tu dengan pelbagai cara. Roti sapu planta, roti cicah kopi, roti bakar, roti gula dan macam-macam lagi. 

Esok harinya, kami dah tak nampak lagi roti tu. Balik sekolah sahaja, tengok emak dah bakar roti tu semua dalam oven cap kupu-kupu (oven 4 segi warna hitam) dengan butter dan gula. Lalu, jadilah roti itu BISKUT ROTI DAN GULA. Tarikh luput dapat dipanjangkan. 

Mulanya untuk makan sendiri, tetapi saya dapat pergi sekolah bawa dan jual. 1 hari bawa 2-3 buku (saiznya) dan dapat jual sehari dalam RM2-3. Stock RM1 yang ayah bawa balik tu boleh tahan 1 minggu. Secara pengiraan RM2.50 sehari x 5 = RM 12.50 seminggu. Pulangan berganda untuk roti yang dah nak expired. Itu tak masuk yang kami buat cicah dengan kopi dan Milo pagi-pagi. 

Setelah dibakar, roti itu dapat dilanjutkan lagi tarikh luputnya. Agaknya kerana spora kulat yang melekat tu dah mati semasa pembakaran dalam oven tu. Kos gula dan marjerin bukan mahal mana pun. Tapi cukup baik lah untuk buat business kecil-kecilan. 

Ayah saya cuma nak bagi anak-anak dia merasa makan roti, bukan buat business. Tapi kebijaksanaan emak mengolah makanan membuka peluang perniagaan kepada saya. Hampir 1 tahun juga kami makan roti luput tarikh sebelum van roti itu tidak lagi melalui tempat kami. Pernah terjumpa sekali di Triang, pemandu van itu dah pandai jual roti yang dibuang itu kepada penternak ikan. 

Penternak beli dengan harga RM0.10 sebuku roti. Di situ, penternah juga bijak kerana mampu potong kos penternakan dan pemandu van juga bijak kerana ada tempat untuk jual roti luput tarikh dengan harga lagi tinggi. Saya? Cari lah business lain...

Hidup ni taklah susah sangat untuk orang rajin dan tak malah berfikir. Jika mengeluh semata-mata dan mengharapkan semua orang lain hulur, tak ke manalah kita nanti. 

Ini salah satu dari perniagaan yang saya buat semasa kecil dahulu. Perniagaan saya semuanya tak guna modal tinggi. Sampailah perniagaan hari ini 


Yang penting, kita rajin memerhati peluang dan tangkap peluang apabila ia melaluinya. Hari ini kita berdoa Allah murahkan rezeki kepada kita lalu Allah utuskan PELUANG untuk temui kita. Peluang itu lalu lalang di hadapan kita saban hari NAMUN tidak pun kita ambil peluang itu. Malamnya kita mengeluh lagi dan menadah tangan di atas tikar sembahyang dan berdoa akan skrip yang sama. 

Adakah kita harap, rezeki Allah beri itu terus masuk dalam akaun bank?

Berusahalah

SAIFUL NANG
Motivator Usahawan (kononnya)



Warga Taiping meraikan anak yatim ke Taiping


Warga Taiping meraikan anak yatim ke Taiping

Alhamdulillah selesai sudah Warga Taiping meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang di Taman Tasek Taiping. Terima kasih kepada semua Warga Taiping yang terbabit sama ada membuat sumbangan ataupun bersama-sama meraikan anak-anak yatim. Tidak lupa juga Unit Amal HotDTaiping dan Admin Taiping Zone yang turut serta dalam aktiviti ini. Rombongan anak yatim ini juga disertai Sdr. Saiful Nang, pengasas bersama Rumah Kebajikan, pengarah filem, photographer, penulis disamping terkenal sebagai motivator.

Biarlah gambar bercerita selanjutnya


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/