Friday, June 27, 2014

Persiapan Menyambut Ramadhan di Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Kpg Pinang, Kamunting.







Persiapan Menyambut Ramadhan di Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Kpg Pinang, Kamunting.

Alhamdulillah petang tadi selesai persiapan ringkas menjelang ramadhan di Rumah Anak Yatim Nurul Iman, Kpg Pinang, Kamunting. Majlis bermula dengan mengemas ruang makan untuk iftar dan sahur, diikuti dengan minuman petang sambil berbincang mengenai solat terawih, aktiviti sepanjang ramadhan serta sesi bertanyakan terus menu pilihan mereka, anak-anak yatim ini (dengan katerer) untuk iftar dan sahur.

Pengurus, En. Bakri dan anak-anak yatim semua merakamkan ribuan terima kasih dan Allah sahaja yang mampu membalasnya di atas semua penyumbang dana iftar.sahur, dana baju raya, dana duit raya, beg barangan toileteries/hygiene dan lain-lain sumbangan.

Satu majlis ringkas tazkirah ramadhan, penyerahan beg barangan toileteries/hygiene dan beberapa fidyah akan diadakan sebelum majlis iftar 1 Ramadhan pada ahad 29 Jun 2014 ini.

Esok, insyAllah kami akan menguruskan tikar getah baru untuk lapik ruang makan yang dijadikan tempat solat magrib, isyak dan terawih. Untuk iftar dan sahur, ruang makan di bawah khemah. InsyAllah juga seorang tukang gunting akan dijemput untuk mengunting rambut anak-anak yatim ini.

Semoga Allah merahmati anak-anak yatim ini di sepanjang ramadhan ini. Amin.
















No comments: