Anak Yatim Nurul Iman Kpg Pinang, Kamunting
SAHAM AKHIRAT untuk dikongsi bersama. Program 'BANTUAN HARI
RAYA BAGI ANAK YATIM & MISKIN ' di rumah Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul
Iman, Kamunting, Perak. Pada mereka yang budiman ingin memberikan sumbangan
boleh terus berhubung dengan penjaga anak-anak ini, En. Bakri di nomobor
telefon 019 4310075
Dana dari sumbangan anda akan diperuntukkan untuk :
1) Majlis berbuka puasa untuk anak=anak yatim (18 orang) dan pekerja (5 orang)
2) Belian pakaian baju melayu untuk raya
3) Duit raya
Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.” Ketika mensabdakan hadis ini RAsulullah SAW, berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya. Ini menerangkan kepada kita bahawa jika kita senantiasa menyayangi dan menolong anak yatim maka nantinya kita akan mendapatkan balasan berada dekat (sebelah menyebelah) dengan Rasulullah SAW.
Catatan penulis – keadaan rumah anak yatim ini amat daif dengan bantuan
sumbangan kewangan yang hampir tiada. Jumlah kanak-kanak seramai 18 oranng
semuanya lelaki berusia 7-17 tahun. Pekerja seramai 5 orang.
2 comments:
Alhamdulillah, ada seorang penyumbang lagi yang telah menempah iftar dan sahur pada Selasa 22 Julai 2014 (26 Ramadan) untuk 18 org anak yatim dan 5 org pekerja. Semoga sumbangan seorang sahabat ini diberkati-Nya
Alhamdulillah setakat ini terdapat tiga penyumbang telah menempah untuk membuat sumbangan pada hari-hari berikut-
(i) 28 Jun 2014 (1 Ramadan 1435) Sabtu - Sahur & Iftar
(ii) 4 Julai 2014 (5 Ramadan 1435) Jumaat - Iftar & Sahur
(iii) 22 Julai 2014 (26 Ramadan 1435) Selasa - Iftar & Sahur
Pada setiap iftar di atas, ada seorang penyumbang yang akan menyumbang ais krim kepada semua anak-anak yatim dan pekerja Rumah Anak Yatim Nurul Iman ini.
Post a Comment