Showing posts sorted by relevance for query meniarap. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query meniarap. Sort by date Show all posts

Sunday, January 03, 2010

Sila-silakan dipersilakan bersila!


Sila-silakan dipersilakan bersila!

Rupanya gelagat aku diperhatikan!

Sebentar tadi (8.45am) aku seperti biasa bersila di atas kerusi di hadapan Ruang Menanti B5 di KLIA ini untuk menunggu kapalterbang ke Penang jam 10.30am. Hari ini seawal 6.10am aku sudah menaiki kapalterbang dari Miri ke KLIA. Sepatutnya aku ingin pulang semalam sebaik sahaja peperiksaan akhir program MOSH di Miri semester ini berakhir. Malangnya kesemua tiket pernerbangan MAS (dan juga AirAsia) telah kehabisan. Jadi hari ini aku mengambil tiket penerbangan yang paling awal.

"Anak ni selalu makcik tengok di airport!", tegur Makcik Cleaner yang mengelap lantai di hadapan Ruang Menanti B5 itu.

Sebenarnya aku terlebih dahulu menegurnya, berbasa-basi semasa aku mengalihkan Kasut Croc aku di atas lantai. Sudah menjadi kebiasaan juga aku akan bersila sambil menanggalkan kasut.

"Makcik perasan saya ke?"

"Makcik tak perasan rupa anak tapi Makcik cam bila anak duduk bersila main komputer sambil tanggal kasut ni!"

Alamak! Kalau Makcik ni boleh perasan gelagat aku sebegitu sudah tentu pekerja-pekerja di KLIA (dan airport-airport lain serta mana-mana tempat lain) juga boleh perasan!

Dahulu aku suka meniarap sambil membaca atau menulis malah menggunakan komputer.

"Duduk dengan perut!", kata emak aku. Rasanya habis jugalah 2 degree (bachelor degree dan master degree) dengan kaedah pembelajaran "duduk dengan perut" ini. Bila ada Meja Jepun (atau Meja Chettiar) aku mula tukar method pembelajaran sambil bersila. Malah aku beli 2 biji Meja Jepun ini. Satu di rumah Taiping dan satu lagi di rumah Sintok.

Kelebihan Meja Jepun ini ialah kemudahan-alehnya. Di mana-manapun aku boleh bersila sambil membuka laptop, membaca atau menulis malah boleh makan-minum sekali!

Sekarang ini ada meja kecil laptop (macam Papan Rehah Mukadam/Quran!) yang boleh dilipat. Mungkin aku akan beli dan bawa berjalan. Apa yang pasti ramai pula nanti Makcik-makcik Cleaner di KLIA akan tegur aku!

(Jangan stewardess yang comel-comel itu tegur aku sudahlah! Malu aku!)

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Tuesday, March 25, 2008

Ofis aku dan meja chetiar



Selain bilik pejabat aku di Sintuk, aku ada ofis di rumah di Taiping. Ofis ini adalah ofis motorsports cum bilik study kongsi ofis orang rumah aku yang jadi stokis R-Zac Hajah Kay yang glamour itu (sepupu diapun!).

Macamanapun ofis sebenar aku ialah depan tv di ruang tamu. Dulu aku duduk dengan perut! (Kata orang rumah aku sebab aku suka meniarap sambil buat kerja dengan laptop). Kini aku duduk dengan punggung balik sebab aku sudah beli tiga “meja chetiar”. Di Taiping, satu aku punya dan satu lagi anak aku punya. Satu lagi aku simpan rumah bujang aku di Changlung. Aku beli di Mydin Penang. Harganya murah kalau dibandingkan di Taiping.

Meja chetiar ini syok betul gunanya. Nak menaip laptop pun sedap. Nak menulis pun sedap. Kalau makan minum sambil buat kerja lagi sedap! Boring-boring buat meja karom pun jadi.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com