Sila-silakan dipersilakan bersila!
Rupanya gelagat aku diperhatikan!
Sebentar tadi (8.45am) aku seperti biasa bersila di atas kerusi di hadapan Ruang Menanti B5 di KLIA ini untuk menunggu kapalterbang ke Penang jam 10.30am. Hari ini seawal 6.10am aku sudah menaiki kapalterbang dari Miri ke KLIA. Sepatutnya aku ingin pulang semalam sebaik sahaja peperiksaan akhir program MOSH di Miri semester ini berakhir. Malangnya kesemua tiket pernerbangan MAS (dan juga AirAsia) telah kehabisan. Jadi hari ini aku mengambil tiket penerbangan yang paling awal.
"Anak ni selalu makcik tengok di airport!", tegur Makcik Cleaner yang mengelap lantai di hadapan Ruang Menanti B5 itu.
Sebenarnya aku terlebih dahulu menegurnya, berbasa-basi semasa aku mengalihkan Kasut Croc aku di atas lantai. Sudah menjadi kebiasaan juga aku akan bersila sambil menanggalkan kasut.
"Makcik perasan saya ke?"
"Makcik tak perasan rupa anak tapi Makcik cam bila anak duduk bersila main komputer sambil tanggal kasut ni!"
Alamak! Kalau Makcik ni boleh perasan gelagat aku sebegitu sudah tentu pekerja-pekerja di KLIA (dan airport-airport lain serta mana-mana tempat lain) juga boleh perasan!
Dahulu aku suka meniarap sambil membaca atau menulis malah menggunakan komputer.
"Duduk dengan perut!", kata emak aku. Rasanya habis jugalah 2 degree (bachelor degree dan master degree) dengan kaedah pembelajaran "duduk dengan perut" ini. Bila ada Meja Jepun (atau Meja Chettiar) aku mula tukar method pembelajaran sambil bersila. Malah aku beli 2 biji Meja Jepun ini. Satu di rumah Taiping dan satu lagi di rumah Sintok.
Kelebihan Meja Jepun ini ialah kemudahan-alehnya. Di mana-manapun aku boleh bersila sambil membuka laptop, membaca atau menulis malah boleh makan-minum sekali!
Sekarang ini ada meja kecil laptop (macam Papan Rehah Mukadam/Quran!) yang boleh dilipat. Mungkin aku akan beli dan bawa berjalan. Apa yang pasti ramai pula nanti Makcik-makcik Cleaner di KLIA akan tegur aku!
(Jangan stewardess yang comel-comel itu tegur aku sudahlah! Malu aku!)
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment