Thursday, September 11, 2008

Lelaki sempurna

Lelaki sempurna

Aku membaca rencana ini seawal padi tadi jam 1 sewaktu bersahur di sebuah gerai di Changlung. Rasanya hendak aku telefon orang rumah seorang aku itu di Taiping ketika itu juga agar meminta membacanya bersama.

“Abang ini tak romantik le!” pernah sekali di tahun-tahun pertama perkahwinan kami orang rumah seorang aku itu memberitahu aku.

Memang aku akui; seingat-ingat aku, aku tidak pernah membelikan bunga untuk dia. Jauh sekali berlian permata atau emas berkilau, yang ada hanyalah sebentuk cincin pertunangan dan sebentuk cincin perkahwinan.

(Lupa hendak dinyatakan, buah loket emas sempena 10 tahun berkhidmat di kilang tayar pada awal 2000 dahulu aku berikan kepadanya dan sehingga kini masih kemas di lehernya dengan seurat rantai leher)

Kadang-kadang aku terlupakan tarikh perkahwinan kami. Mujurlah kami berkahwin tiga hari sebelum menjelangnya tahun baru.

Kadang-kadang ucapan (bersertakan hadiah) tarikh lahirnya juga lewat sehari-dua diucap.

Banyak lagi yang boleh digambarkan aku sebagai lelaki “tidak sempurna”.

Perlukah aku menjadi “lelaki sempurna”?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: