Wednesday, September 24, 2008

Sekarang kita sudah “kosong-kosong” ye!

Sekarang kita sudah “kosong-kosong” ye!

Bermaafan semasa raya lebih kepada tradisi!

Bukan aku cakap tapi seorang penceramah bebas di TV3 minggu lepas.

Kalau lelaki ada yang acuh tak acuh menyalam. Terutama yang disalam ialah kanak-kanak, maklumlah salam ada makna!

Kalau perempuan pula mesti ada “stail”! Badan kena bongkok sikit. Hujung jari dua-dua belah tangan kena dilentikkan. Sama lentik dengan punggung. Lentik ke tongek? Kalau boleh tumit sebelah kaki diangkatkan. Jangan angkat dua-dua belah kaki, nanti jatuh pula!


Ini aku tambah bukan penceramah bebas itu yang cakap! Kalau dia penceramah bebas, aku pula bebas berceramah!

Mengapa dikatakan tradisi? Kata penceramah bebas itu lagi, tatatusila (macam prosedur le!), bermaafan ini mestilah dizahirkan dengan apa yang perlu dimaafkan. Tak boleh maaf macam itu-itu sahaja. Jadi trend pula sekarang ini bila mohon maaf kena ada ayat; sekarang kita kosong-kosong ye!

Memohon maaf kena dinyatakan apa kesilapan, kesalahan, kekhilafan dan apa yang ter, ter, lagi yang telah dibuat. Itu barulah namanya minta maaf.

Agaknya sesi maaf-maafan ini boleh jadi ala-ala “Jejak Kasih TV3”. Lagi afdal kalau siap dengan senarai bercetak apa-apa yang perlu dipohon untuk kemaafan.

Moral of the story; Jangan cakap sebab utama nak balik raya ialah nak minta maaf dari orang tua atau dengan kaum kerabat yang lain. Mengapa nak tunggu raya baru nak minta maaf. Kalau ajal sebelum raya alamatnya tak sempatlah nak minta maaf!

Maaf kalau aku cakap, inilah puak yang “memenuhkan” jalan raya pada hari raya (sebelum dan sesudah) malah inilah puak yang “beraya sakan” di hari raya selepas minta maaf. Maklumlan “kita sudah kosong-kosong”!

Klik di sini untuk posting; “Mengapa mahu pulang ke desa semasa hari raya?” Hari lain tak boleh ke?

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments: