Operasi bakar sarang tebuan
(Setelah selesai operasi tangkap ular di asrama perempuan semalam, tiba-tiba aku teringat member-member di kilang dahulu semasa menghadapi masalah ular dan tebuan sebegini.)
Semasa bekerja di kilang tayar di Kamunting dahulu aku kadang-kala ditanya oleh orang rumah seorang itu. ”Abang tak pergi bakar sarang tebuan ke?”
Entah mengapa memang banyak (sebenarnya hanya ada empat dan lima kali sahaja) sarang tebuan di kilang tayar itu. Mungkin kerana aku Safety Officer, tanggungjawab menangani sarang tebuan ini diletakkan kepada aku.
Kalau kes ular aku tak payah panggil bomba sebab ada seorang dua pekerja yang mahir tangkap ular. Ada seorang budak Melayu di stor tayar itu tangkap ular pakai tangan sahaja. Betullah dia tangkap ular pakai tangan! Tak kan pakai kaki! Maksud aku dia tangkap ular tak pakai kayu atau gunipun.
Kalau tebuan memang kami panggil bomba. Sebab apa aku guna perkataan jamak ”kami”? (Sebut betul-betul ”jamak” bukan ”jimak”!).
Memang betul ”kami” sebab bukan aku seorang sahaja yang terlibat dalam operasi bakar sarang tebuan ini. Operasi bakar sarang tebuan ini bukannya boleh dilakukan waktu siang. Seeloknya waktu malam. Malah lebih ”afdal” kalau bakar selepas pukul 10 malam!
Anggota bomba yang dipanggil pula ”telah dikenalpasti dahulu”. Biasanya Mustafa atau Mus yang pernah wakil Malaysia dalam Malboro Action Team (MAT) di Utah itu.
Antara “ahli mesyuarat tingkap” yang terbabit ialah aku (bukan core member mesyuarat tingkap), Manjoi, Mie, Kamal, Din, Izaham dan seorang dua lagi. Siap seorang member itu kami terpaksa call dia (pastikan sewaktu di rumah!) untuk “mengingatkan” operasi bakar sarang tebuan ini. Kalau boleh jerit kuat-kuat dalam telefon itu sampai sesiapa yang hampir dengannya dengar terutama wife dia!
Proses bakar sarang tebuan pula bukan sejam dua. Pokoknya masa-Allah tinggi melanggit! Kena sambung galah. Buluh tak cukup kena sambung batang paip. Kalau tak cukup tinggi kena ambil tong dram untuk naik pijak. Bila main bab sambung-menyambung ini pula timbul bab galah patah. Itulah yang makan masa dua, tiga jam.
Apa yang menarik bukan sahaja Mus dan geng bomba dia yang pegang galah. Malah kami bersilih-ganti meredak semak dan lecak. Member lain tolong tengok dan tolong suluh.
Lepas selesai operasi bakar tebuan kena rileks kejab tengok kat mana sarang tu jatuh. Ini sudah masuk bab ”fire watcher”. Silap-silap haribulan jatuh ke dangau kebun Pak Dolah belakang kilang. Terbakar dangau tak apa. Jangan terbakar satu kebun! Sambil-sambil jadi "fire watcher” itu perasap seorang sikit halau nyamuk.
Lepas jadi ”fire watcher”, kena isi perut sikit. Sebenarnya bukan sikit tetapi ini sudah masuk kes sahur. Biasanya gerai tom yam depan kilang jadi sasaran.
Tenaga yang telah dihabiskan dua, tiga jam operasi campur sejam, dua jadi ”fire watcher” kenalah diganti semula. Berbaloi kalau diganti dengan dua talam Siakap Tiga Rasa, dua mangkuk besar Tom Yam, dua pinggan Telur Bungkus dan dua piring Sayur Campur untuk lapan, sembilan orang makan. Ulam Timun dan Sambal Belacan mesti ada. Minumnya mesti dua, tiga jag Air Buah. Lepas makan mesti kena perasap pula! Jangan takut nak bayar sebab boleh "claim".
Betul-betul macam makan sahur! Pagi-pagi lagi esok hantar sms kat boss – lambat masuk sikit kerja sebab malam tadi bakar sarang tebuan dengan bomba sampai 4 pagi.
Tak tahulah sama ada lagi tak operasi bakar sarang tebuan di kilang tayar ini!
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

1 comment:
mcm kenal pulak pagar n bomba yg bakar sarang tebuan dalam gambar ni.....
Post a Comment