Pesanan orang lama. Bhg. 1. Order cendol dulu baru minta pulut
Antara ramai “orang lama” atau “senior citizen” yang menurunkan ilmu kepada aku ialah aruah Mejar Adnan semasa sama-sama bekerja di kilang tayar di Kamunting. Agak rapat hubungan aku dengannya walaupun pernah beberapa kali berbalah dan mungkin juga aku pernah menyakitkan hatinya.
Aruah ialah bekas Quarter Master atau QM di kem tentera di Kamunting. Sebagai QM, beliau berpengetahuan luas mengenai pelbagai perkara di Taiping termasuklah hal-hal berkaitan logistik, sumber manusia dan sebagainya.
Banyak ”ilmu” dan ”petua” yang diturunkan kepadanya aku. Ilmu dan petua ini pelbagai; yang berat dan yang ringan. Untuk posting kali ini aku ingin berkongsi petua ”minum cendol pulut dengan berbaloi!”.
Kalau hendak minum cendol tambah pulut, biasanya kami pergi Ansari di Taiping. Di Ansari pulutnya berbungkus daun pisang dan dibakar. Pulut untuk cendol lain di Taiping dan Kamunting hanya dikukus.
Petua aruah ialah semasa order cendol jangan terus minta pulut. Bila cendol sampai baru minta pulut. Kalau terus minta pulut masa order cendol, isi pulut itu akan mengurangkan isi cendol!
Banyak lagi petuanya.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

No comments:
Post a Comment