Ng Kah Liew, Pemenang Pingat Emas Baling Lembing Sukan SEA 1961
Bila saya tak bawa kamera mesti jumpa Dattaya di Taiping. Bila saya jumpa Dattaya di Taiping mesti saya tak bawa kamera, Siapa Muthiah Dattaya ini? Kawan saya ini mempunyai pelbagai pekerjaan sekarang ini seperti pemberita sambilan NST, penyelia pembinaan dan sebagainya ialah pemegang tiga pingat emas Sukan SEA 1971 (KL), 1973 (Singapura) dan 1979 (Jakarta) dalam acara Lontar Peluru.
Pagi tadi semasa menemankan emak saya ke Pasar Tani (dan juga Pasar Pagi) di Kamunting, saya mengambil kesempatan berbual dengan Apek Penjual Buah-buahan ini. Agak kerap sebelum ini saya membeli buah-buahan darinya terutama Betik.
Saya merasa kagum apabila diberitahu Apek bekas guru ini telah berusia 73 tahun. Dia membeitahu saya selepas bersara sebagai guru jasmani beliau mula berkebun dan sekarang meraih hasilnya.
Perbualan kami bertambah menarik apabila beliau memperkenalkan dirinya sebagai Ng Kah Liew dan secara spontan saya teringat Dattaya pernah memberitahu saya mengenai Ng Kah Liew ini.
Anak jati Taiping ini adalah pemegang pingat emas dalam acara Baling Lembing dalam Sukan SEA 1961 di Ranggon. Selepas memenangi pingat emas ini beliau bersara dan kecermelangan Malaysia di dalam acara Baling Lembing ini tahun berikutnya disambung oleh atlit Malaysia, Nashatar Singh Sidhu dalam tahun 1965 di Sukan SEA Kuala Lumpur.
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment