Sunday, September 27, 2009

Ramadhan yang santai dan padat. Terima kasih semua!


Ramadhan yang santai dan padat. Terima kasih semua!

Pejam-celek-pejam-celek rupa-rupanya hampir dua bulan aku “duduk bersantai” di rumah. 10 hari sebelum Ramadhan aku sudahpun bercuti dan hari ini 8 Syawal baru balik pejabat. Bagaimanapun pun aku hanya bercuti di hari biasa (week day) tapi masih bekerja di hujung minggu (week end) cuma aku akan angkut anak jantan seorang aku itu dan isteri aku itu ke mana saja aku pergi.

Dalam “duduk bersantai” itu juga aku sempat mengendalikan beberapa kerja amal sumbangan untuk anak-anak yatim. Di antaranya ialah sumbangan duit raya dan pengisian beg cenderahati untuk anak-anak yatim dan pelajar miskin Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah di Ipoh. Di mana aku bersekolah dari Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Izzuddin Shah dan Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Raja Perempuan Taayah. Ketika itu Sekolah Izzudin Shah belum mempunyai makmal sains dan kami terpaksa menumpang sekolah dan makmal sains di Sekolah Raja Perempuan Taayah.

Ingin aku jelaskan di sini, aku hanya penyelaras dalam kerja-kerja amal ini. Sokongan rakan-rakan terutama sesama Batch 1980 – 1984 yang banyak membantu membuat sumbangan.

Kepada mereka semua ini hanya Allah SAW sahaja yang mampu membalasnya.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Walaupun pengisian beg cenderahati kali ini tidaklah semewah dengan tahun-tahun sebelum ini
, penerima-penerima sumbangan ini amat berbesar hati menerimanya. Mereka adalah 52 orang anak-anak yatim dan pelajar miskin Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah di Ipoh. Dua orang anak yatim kematian ayah yang lemas semasa menyelamatkan dua orang pelajar UTP di Kampar pertengahan tahun ini dan lapan lagi anak yatim pelajar UUM.

No comments: