Monday, September 14, 2009

Sahur Bawal Goreng Kak Mah & Abang Din di Juru





Sahur Bawal Goreng Kak Mah & Abang Din Juru di Juru

Bersahur kelmarin di sebuah hotel Seberang Prai ini memang sudah diduga menunya. Lauk-pauknya sejuk ”bedi” kata orang kampungku Tukuro, nasinya bukan saja sejuk tapi keras! Semuanya sama seperti masa bersahur pada 1 hingga 3 Ramadhan dulu di hotel yang sama cuma ketika itu kami ditemani Aishah dan artis AF!

Malam kedua semalam aku bersahur di Warung Kak Mah & Abang Din di Juru.

Kami tiga beranak tapi makan 4 pinggan penuh Nasi Puteh dan 4 ekor besar Bawal Goreng. Lauk lain? Mana ada lauk lain di warung ini.

Kami duduk bersahur dari pukul 3 sampai pukul 4.30 pagi.

Kak Mah sambil mengoreng sambil menjawab henpon. Macam bursa saham pulak! Manakan tidak sat-sat dia bersuara, bungkus nasi 12 penuh. Bawal 12. Bendi tak mahu. Timun dan sambal mahu. Bungkus kicap sama!

Sapa itu Kak Mah, saja aku manis mulut tanya.

Geng Molex. Tiap-tiap hari mesti order sahur kat sini, jawab Kak Mah.

Tret, tet, tet, Tret, tet, tet.........

Bunyi order lagi minta 6 Bawal garing-garing tapi bukan bungkus. Suruh siap akan datang makan jam 4.30 pagi.

Warung inipun sudah nampak diperelokkan. Lebih kemas dan hygiene untuk lepas raya nanti. Siap ada banner baru untuk contact number dan menu. Masa operasi pun sudah dilanjutkan. Bisnes bagus nampak Kak Mah?

Siapa nak datang lepas raya nanti eloklah telefon dulu terutama datang belah petang. Takut Bawal habis!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Rujuk sini untuk peta.

No comments: