Ada sesiapa tahu mengenai Pisang XXXL ini?
Tahun ini kerap juga aku bersarapan di sebuah gerai kecil di Sintok ini. Menunya ringkas sahaja iaitu Nasi Lemak dan Roti Canai di samping tersedia Nasi Puteh dan beraneka lauk.
Minggu lepas pemilik gerai ini menunjukkan aku sesikat pisang yang bersaiz XXXL. Beliau sendiri tidak tahu jenis pisang tersebut. Bila disimpan masak, isinya agak berair. Jika dibuat gulai pisang muda, rasanya agak kelat.
Pisang ini ditanam jiran sebelah gerai iaitu pekerja Indonesia dan dia sendiri tidak tahu jenis pisang ini.
Ada sesiapa tahu mengenai Pisang XXXL ini?
lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/
3 comments:
Aslmkm
Saya bukan org yg arif tentang pisang. Tapi jika dilihat dari segi bentuk, kelihatan spt pisang nipah...yg biasa utk digoreng. Cubalh menggorengnya sebagaimana biasa sblm pisang ini terlampau msk. Saiz yg besar itu mungkin disebabkan tanah yg subur disitu.
Assalam
Terima kasih atas makluman. Saya juga turut email memaklumkan kemungkinan ini adalah Pisang Nipah tetapi biasanya tidak sebesar seperti dalam gambar.
Pisang Abu Nipah
Post a Comment